PENYANYI utama kumpulan Pussy Cat Dolls, Nicole Scherzinger nampaknya lebih mudah tertarik kepada jejaka yang terlibat dalam bidang sukan.
Ini kerana hanya lima bulan selepas berpisah dengan kekasihnya, Lewis Hamilton, hati Nicole kembali terisi apabila dia dilaporkan menjalin hubungan istimewa dengan pemain bola sepak kebangsaan Switzerland, Pajtim Kasami.
Jejaka berusia 23 tahun turut bermain mewakili kelab Greece, Olympiacos.
Pasangan ini dikesan berciuman mesra sepanjang meluangkan masa bercuti bersama di Mykonos, Greece, minggu lalu.
Sementara itu, Lewis yang pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan Nicole selama lima tahun menitipkan ucapan di Instagram buat bekas teman wanitanya itu ketika ulang tahun kelahiran ke-37 Nicole, semalam.
Tulisnya, “Buat sahabatku, sepanjang lima tahun yang kita kongsi bersama, saya tidak akan melupakannya. Semua memori yang kita kongsi menjadikan saya seorang lelaki yang boleh dibanggakan pada hari ini.
“Setiap memori yang kita kecapi bersama tidak akan dilupakan sampai bila-bila dan saya sangat berterima kasih untuk itu.
“Saya ucapkan selamat hari lahir, semoga Tuhan sentiasa merahmati kamu dalam setiap apa yang dilakukan.”
Nicole sebelum ini dikatakan mengambil keputusan untuk berpisah dengan pelumba pasukan Mercedes AMG itu kerana Lewis enggan terikat dengan komitmen perkahwinan seperti mana diidamkan Nicole.ĆāĆĀ – MYNEWSHUB.CC
Oleh: ĆāĆĀ JULIANA JOHAR