PELAKON Nora Danish yang sebelum ini dituduh sengaja memecat pembantu peribadinya (PA) demi memberi ruang kepada teman lelakinya, Nedim Nazri untuk menggalas peranan tersebut mengakui dia kini semakin berdikari dalam menguruskan kerjaya seninya.
Menurutnya tanpa kehadiran PA, dia kini semakin mahir dengan selok-belok jalan raya di Kuala Lumpur selain lebih selesa bergerak secara solo.
Nora Danish Pecat Pengurus, Ganti Dengan Nedim?
Nora ‘Panas’ Dengan Wartawan, “Takkan Tu Pun Nak Buat Story?â€Â
Memetik mStar, Nora berkata, “pada saya semua perkara yang berlaku ada hikmah termasuk pemecatan pembantu peribadi kerana saya lebih berdikari dan tidak mengharapkan orang lain.”
“Jika dahulu saya jarang memandu ke lokasi penggambaran atau acara melibatkan saya, sekarang semua saya lakukan sendiri dan sudah semakin mahir dengan jalan raya di Kuala Lumpur,” kata pelakon berusia 33 tahun itu.
Aktres comel ini turut menambah sekiranya dia perlu menjalani penggambaran di luar ibu kota, kekasihnya yang merupakan pegawai khas Kementerian Pelancongan akan meminjamkan pengawal peribadinya kepada Nora.
“Jika saya perlu menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur selalunya Nedim akan meminjamkan pengawal peribadinya atau pun dia yang akan menemani saya,” ujarnya.
Wah, bertuah badan Nora dapat teman lelaki yang sangat caring dengan keselamatan dirinya sampai beri pinjam pengawal peribadi tu!
Memang layak lah pun kan, yelah mana tahu Nora terpaksa balik tengah malam ke lepas penggambaran, sekurang-kurangnya dengan pengawal peribadi di sisi takdelah Nora rasa keselamatan diri dia terancam kan. Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC
Yus JAMBU & Nora Danish – Bawaku Pergi
https://www.youtube.com/watch?v=ENTS8weAACk