PRESIDEN Amerika Syarikat, Barrack Obama dilaporkan mengelak untuk memberi pendapat mengenai isu pemenjaraan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut portal Malaysiakini, Obama berkata, beliau hanya boleh mengulas isu tertentu secara khusus dan menegaskan tentang konsep demokrasi.
“Peraturan asasnya, saya tidak ulas bukan sahaja kes individu di negara ini, apatah lagi di negara lain kerana saya fikir ia penting supaya sistem perundangan dapat berjalan,” petik kenyataan Obama.
Obama Tipu Seluruh Dunia Tentang Kematian Osama
Kenyataan tersebut dikeluarkan beliau pada sesi bersama pemimpin muda Asia Tenggara di White House, semalam.
Sebelum itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yoe Bee Yin meminta pandangan Obama tentang pemenjaraan Anwar.
Selain itu, Obama juga dilaporkan tidak menyebut nama Anwar secara khusus dan dilihat berhati-hati membuat ulasan dengan menggunakan perkataan ‘jika’.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Caitlyn Jenner Lebih Popular Dari Obama?
https://www.youtube.com/watch?v=FhhvUH1Ul3E