Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Mindanao,...

Ramai Nak Belasah Wanita...

RAMAI netizen menyatakan mahu belasah dan memberi penumbuk jika terjumpa dengan 'wanita' seksi...

FELDA Jawab Laporan Tidak...

KUALA LUMPUR - Apakah agenda sebenar sebuah portal berita tempatan memasuki kawasan-kawasan FELDA...

Eksport Cendawan Meningkat RM300...

KENINGAU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup menggalakkan rakyat,...

OOPS!! Ahli Parlimen Hong Kong Kantoi Tonton Video Berahi

SEORANG anggota Parlimen Hong Kong, Wong Ting-Kwong menjadi topik hangat dunia siber gara-gara kantoi sedang asyik menonton video wanita seksi ketika sedang menghadiri persidangan majlis perundangan, kelmarin.

Berikutan itu, Wong menerima kritikan rakyatnya ekoran langsung tidak memberi perhatian serius terhadap perbahasan mengenai usul pembaharuan sistem pilihan raya demokratik Hong Kong.

Menurut sumber, aksi ahli parlimen tersebut secara kebetulan berjaya dirakamkan ketika ahli-ahli lain bergilir-gilir sibuk berbahas dan menyuarakan usul masing-masing dalam sesi persidangan.

Difahamkan, rakaman yang ditonton Wong menerusi telefon bimbit pintarnya itu menunjukkan aksi seorang wanita sedang berposing dalam pelbagai gaya seksi dan berahi di atas meja snuker.

13_hoyn_silikonpuppe (1) (1)

12_hoyn_silikonpuppe 13_hoyn_silikonpuppe 13_hoyn_silikonpuppe (1)


Video yang dipercayai berjudul ‘Sexy Pool Trick Shots in Germany’ itu dikatakan leka ditonton Wong berulang kali sehingga telefon bimbitnya kehabisan kuasa bateri.

Ini mengakibatkan dia terpaksa pula meminjam satu pengecas telefon bimbit daripada seorang ahli parlimen lain yang duduk bersebelahan sahaja dengannya.

Sebelum ini, Wong juga pernah terpalit dengan kontroversi sekitar tahun 2012 apabila menjadi tajuk akhbar gara-gara dirakam sedang tidur ketika perbahasan berlangsung.  – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori