Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

8 Syarikat Malaysia Akan...

KUALA LUMPUR - Lapan syarikat Malaysia akan melabur sebanyak AS$3 bilion (AS$ 1.00...

Jangan Salahkan Seluruh Penjawat...

PETALING JAYA - Kementerian Pendidikan dan penjawam awam secara keseluruhannya tidak wajar dipersalahkan...

3 Persatuan Mahu Jimmy...

SANDAKAN - Tiga persatuan kebudayaan Suluk dan Bajau di sini mahu Pengerusi DAP...

Rezeki Syamel Sertai ABU...

BIARPUN tidak bergelar juara dalam program Akademi Fantasia Megastar, tetapi Syamel telah mendapat...

Op Noda: Polis Tahan 22 Gro Warga China

KUALA LUMPUR – Sebanyak 22 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Op Noda di sebuah premis hiburan di Cheras, awal pagi tadi.

Ketua operasi DSP Shokri Abdullah berkata kesemua wanita berumur antara 23 dan 28 tahun yang ditahan itu merupakan warga China.

“Polis turut menahan seorang lelaki dan dua wanita tempatan disyaki bertindak sebagai pengurus premis berkenaan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Shokri berkata hasil pemeriksaan mendapati premis itu mempunyai lesen perniagaan yang sah dan akan tamat tempoh pada 31 Dis ini.

Bagaimanapun, premis itu didapati menyediakan perkhidmatan GRO warga asing tanpa permit yang disyaki untuk kegiatan pelacuran.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 55 (b) Akta Imigresen 1963 serta Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Shokri berkata operasi ini disertai oleh tiga pegawai dan 15 anggota dari Skuad Taktikal Tiga Perjudian/Maksiat/Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman dan dibantu oleh anggota pasukan Bahagian Kongi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori