Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Majlis Bandaran Silap Tanam...

ASTANA – Pihak berkuasa majlis perbandaran di ibu negara Kazakhstan pada Rabu melancarkan...

Israel Bunuh 32 Orang...

REJIM haram Israel telah membunuh 32 orang warga Palestin - 26 di Semenanjung...

Pelitup Muka Berganda Kurangkan...

KUALA LUMPUR - Pemakaian pelitup muka jenis kain sebagai lapisan tambahan bersama pelitup...

Kemaman Semakin Pulih, Hanya...

KUALA TERENGGANU - Situasi banjir di Kemaman semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir...

Pakatan ‘Madu 3’ Pandai Bohong Pecah Tembelang

TIDAK ramai penyokong pembangkang khasnya anak muda fanatik gerakan antikerajaan tahu bahawa sebelum wujud Pakatan Rakyat (PR), sudah ada gabungan longgar beberapa parti bagi melawan Barisan Nasional (BN).

Mungkin ada pernah dengar Angkatan Perpaduan Ummah (APU) disertai Pas sebagai tonggak dengan parti-parti kecil seperti Semangat 46, Berjasa, Hamim dan sebagainya ditubuhkan ekoran UMNO diharamkan pada 1988.

DAP tidak ikut kerana krisis politik waktu itu lebih kepada perpecahan UMNO dan peluang dieksploitasi Pas yang sebenarnya dari segi sejarah juga serpihan UMNO apabila dibentuk oleh calon-calon tewas pemilihan pada 1951.

Jangka hayat APU tidak lama tetapi impaknya membawa kepada kejatuhan BN Kelantan kepada Pas; rekod buat kali kedua selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1969; apabila UMNO sekali lagi tumbang ketika PRU pada 1990.

Selepas itu suasana suhu politik negara agak stabil sehinggalah pemecatan Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998 dan membawa kepada tertubuhnya Barisan Alternatif (BA) yang diketuai Parti Keadilan Nasional (PKN).

Parti itu ditukar nama kepada PKR sekarang hasil cantuman PKN dengan Parti Rakyat Sosialis Malaysia dan bergabung bersama Pas bagi menghadapi PRU 1999 yang menyaksikan BN tumbang mengejut di Terengganu.

Ironi, BA pun senasib dengan APU menyaksikan parti-parti pembangkang bersendirian semula melawan BN pada PRU 2004 seterusnya BN menang dengan rekod paling besar dalam sejarah dan merampas semula Terengganu.

Malangnya BN gagal meneruskan ‘rentak’ pada PRU 2008; sekali lagi ekoran perpecahan dalaman UMNO; selain gerakan agresif PKR dengan mewujudkan PR bersama DAP dan Pas yang ‘bergabung pelik’ buat julung kali.

Uniknya, tidak kira APU, BA dan PR, ketiga-tiga ini bukan pun badan siasah sah kerana tidak pernah didaftarkan langsung secara rasmi oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan; atau dalam bahasa kasar ialah organisasi haram.

Malah sehingga artikel ini ditulis, jangan harap anda akan jumpa apa-apa maklumat asas seperti siapakah pengerusi, setiausaha, bendahari, alamat sekretariat, logo, lambang, lagu waima laman web rasmi PR.

Justeru, tidak hairanlah dalam dua PRU sebelum ini pada 2008 dan 2013, ketiga-tiga parti itu bertanding atas lambang masing-masing bahkan ada banyak kes mereka bertanding sesama sendiri untuk melawan calon BN.


Secara falsafah, jika sesuatu yang dibina bukan ikhlas, biar sehebat manapun ia pasti runtuh dan akhirnya PR diisytiharkan sudah ‘berkubur’, bukan oleh Pendaftar Pertubuhan tetapi akibat mainan politik mereka sendiri.

Istimewanya, berkuburnya PR dibuat menjelang kedatangan bulan mulia, Ramadan al-Mubarak 1436 Hijrah tetapi peliknya, ia diumumkan oleh DAP secara ex-parte atau hanya sebelah pihak; tanpa pengetahuan PKR dan Pas.

Lazimnya, jika suami isteri memohon perceraian, kedua-duanya mesti hadir dan talak dilafaz di hadapan hakim; anehnya tidak dalam kes pembubaran PR; tiada pun kelibat wakil PKR atau Pas semasa pengumuman itu dibuat.

Di manakah maruah PKR yang menjadi Ketua Pembangkang di parlimen dan apa sudah jadi pada ‘tarbiah’ Pas kepada DAP selama ini yang kononnya mendukung PR seumpama tahaluf siyasi atau kerjasama politik ala BN.

Baca: Akhirnya… Pakatan Rakyat Diisytihar Menemui Noktah

Secara kebetulan, pengumuman bersejarah itu dilakukan pada waktu malam tiada bulan kelihatan di ufuk langit kerana dari segi sains falak dan kiraan hisab; anak bulan Ramadan muncul penampakan hilal lewat senja Rabu.

Jika dalam filem Madu 3, ada satu babak watak Jamil lakonan Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee berjenaka dia ‘bertuah’ kerana lahir pada waktu bulan terang, sebelum diubah kepada nasib ‘malang’ sebab muncul bulan gelap.

Teringat ketika Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, aktivis PR teruja memasang pemidang menghasut rakyat memilih mereka yang diberi gelaran Madu 3, mengambil sempena nama sebuah filem popular allahyarham P. Ramlee itu.

Lucunya, tanpa disedari ia memberi imej buruk kepada PR apabila mereka terlupa menyamakan perangai buruk dalam filem itu yang sebetulnya menyindir suami berpoligami kurang berlaku adil kepada tiga isterinya sendiri.

Atau adakah PR memang jenis kaki putar belit kepada rakyat dengan memetik bait lagu dalam filem itu: Mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang, tetapi jangan pula, hai pecah tembelang. – Mynewshub

Nota: Jom layan lagu malar hijau Madu 3 bagi yang masih tidak faham lagi apakah itu gaya politik aneh Pakatan Rakyat.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori