Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pinda 1MDB: Pendakwaan Beri...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang...

Pemandu Korban 4 Nyawa...

PEMANDU treler beras yang terlibat dalam nahas mengorbankan empat sekeluarga di Kilometer 52...

Penduduk Berhampiran Pantai, Tanah...

Kuala Nerus : Fenonena air pasang besar dijangka berlaku di sepanjang pantai negeri...

Mamat Khalid Mula Sedar,...

KUALA LUMPUR - Pengarah Mamat Khalid yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)...

Parah Ketika Cuba Berselfie Atas Keretapi

Rusia – Bukan semua tempat boleh berselfie. Itu ingatan kepada semua terutama remaja. Kalau tidak berlakulah kes seperti dua remaja ini yang mengalami luka akibat melecur yang teruk selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba berselfie di atas keretapi.

Olesya Belmasova dan Anastasiya Kirillova, yang kedua-duanya berusia 16 tahun telah memanjat sebuah keretapi lama yang disangka mereka tidak boleh digunakan lagi di sebuah landasan di bandar Taganrog.

Namun mereka tidak mengetahui bahawa beribu-ribu volt elektrik mengalir melalui keretapi tersebut.

Sebalik sahaja mereka naik ke atas bumbung keretapi itu, mereka telah terkena renjata elektrik dan telah tercampak ke atas lantai dengan badan salah seorang daripada mereka menjadi hitam legam manakala seorang lagi sedang terbakar seolah-olah baru meletup.

Kedua-duanya dikejarkan ke hospital kanak-kanak.


Dalam pada itu Anastasia, yang masih boleh bercakap meskipun mengalami kecederaan itu berkata selepas memanjat bumbung keretapi berkenaan, mereka mendengar bunyi yang kuta sebelum tercampak ke atas tanah.

“Rambut saya terbakar dan ia sangat sakit,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=G4Ck5BnJBeY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori