Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perketat SOP Bukan Sekat...

KUALA LUMPUR – Pengendali pakej ibadah haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours...

Kahwin Despatch – Luahan...

MUNGKIN niat penulis dan penyanyi, Fynn Jamal berkongsi kisah bagaimana dia berkahwin dengan...

Blok Wanita, Kanak-Kanak HTAA...

KUANTAN : Blok wanita dan kanak-kanak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini...

Najib – Ahmad Zahid...

SETIAKAWAN... Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan hampir setengah jam pertama ucapan penggulungan...

Video: Paris Hilton Diperdaya Pesawat Hampir Terhempas

INILAH jadinya apabila program prank show sudah melampaui batas dalam mengenakan seseorang individu itu.

Baru-baru ini, sosialit terkenal Paris Hilton menangis tidak henti-henti apabila menyangkakan nyawanya sudah berada di hujung tanduk ketika menaiki sebuah pesawat di Dubai.

Paris berada di negara itu bagi menghadiri satu majlis pelancaran sebuah hotel baru di sana dan kemudiannya dia dijemput menaiki sebuah kapal terbang untuk menikmati pemandangan bandar dari udara selama 15 minit penerbangan.

Tidak mengetahui ianya merupakan satu helah untuk mengenakannya, Paris mulai panik apabila pesawat itu dipandu secara sengaja dalam kedudukan seolah-olah hendak terhempas.

Membuatkan dirinya bertambah cemas apabila pintu kecemasan dibuka dan beberapa orang mulai terjun dari pesawat terbabit.

Sebaik pesawat selamat mendarat, Paris masih tidak dapat melupakan trauma yang dilaluinya dan apabila dikhabarkan ianya merupakan prank, figura berusia 34 tahun itu langsung kelihatan tidak teruja malah masih lagi terkejut dengan perkara itu.


Apa pendapat anda, patutkah prank melibatkan situasi hidup dan mati seperti ini dikomersialkan demi meraih jumlah tontonan yang banyak daripada pelayar Internet?

Hmm, bagi kami prank macam ini memang agak keterlaluan dan diharap tidak ada produksi tempatan yang cuba menceduk idea sebegini untuk menghidupkan program mereka.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=dg_Bo9iaykw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori