Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pekerja Stesen Minyak Lebam...

IPOH - Seorang pekerja stesen pam minyak di Sungkai yang dipukul sekumpulan lelaki...

Bicara Kes Saman Khalid...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan lima hari bermula 28 November...

‘Sedih’ Ramai Bangla Tak...

KUALA LUMPUR - Sebelum ini mereka hentam kerajaan kerana dakwa ramai warga asing...

Perangsang Selangor Anjur ‘Fun...

SHAH ALAM - Kumpulan Perangsang Selangor Bhd. (Perangsang Selangor) mengajak orang ramai menyertai...

Parti Erdogan Hampir Tumbang Pilihan Raya Turki

ANKARA – Parti pemerintah Turki kehilangan majoriti dalam pilihan raya umum pada Ahad sekali gus kekalahan teruk terhadap Presiden Recep Tayyip Erdogan setelah 80 peratus kertas undi selesai muktamad dikira.

Keputusan cukup memalukan beliau itu disifatkan penganalisis politik sebagai protes rakyat Turki susulan hasrat Erdogan mahu mengubah perlembagaan negara yang akan memberi presiden lebih banyak kuasa politik.

Parti Keadilan dan Pembangunan Islam (AKP) yang dipimpin Erdogan, dilaporkan baharu meraih kira-kira 41 peratus undi, turun drastik daripada hampir 50 peratus yang diperoleh ketika pilihan raya pada tahun 2011.

Hasil kiraan sehingga awal pagi Isnin menunjukkan AKP sah menang 267 kerusi dalam parlimen Turki yang memiliki keanggotaan 550 kerusi, iaitu di bawah paras minimum yang perlu untuk mempertahankan majoriti.

Parti Rakyat Demokratik (HDP) yang pro-Kurdish berjaya meraih 10 peratus undi, sekali gus membuka peluang untuk bergabung di parlimen buat pertama kali dalam sejarah apabila dijangka mungkin mendapat 74 kerusi.

Erdogan giat berkempen untuk pembentukan sebuah ‘Turki Baharu’ dan penambahbaikan sistem demokrasi parlimen termasuk memberi kuasa lebih kepada presiden seperti yang dilaksanakan di Amerika Syarikat.

Sebaliknya, keputusan pilihan raya itu bakal menyebabkan Erdogan perlu membentuk pemerintahan gabungan pelbagai parti untuk pertama kalinya sejak ia mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2002.


Penganalisis tempatan menyatakan parti nasionalis MHP, yang diperkirakan berjaya meraih 85 kerusi dalam pilihan raya, kini mempunyai peluang terbesar untuk membentuk pemerintahan bersama dengan parti Erdogan.

Namun MHP mendakwa masih terlalu awal untuk mengetahui apakah hal tersebut akan terjadi kerana pilihan raya itu secara efektif adalah seumpama referendum yang akan memberi AKP kuasa majoriti di parlimen Turki.

Justeru, parti-parti pembangkang berkempen keras menentang perubahan tersebut dengan menghasut rakyat bahawa perubahan perlembagaan secara signifikan akan mengubah warisan sistem demokrasi parlimen Turki.

Mereka berjaya memperbesar-besarkan dakyah kononnya kekuasaan Erdogan yang terlalu luas sehingga menjadi pemimpin politik paling kuat di negara itu adalah berbahaya dan amat tidak baik kepada nasib masa depan rakyat.

Lebih 53 juta pemilih keluar mengundi dan jika AKP menang 367 kerusi, parti itu boleh mengubah perlembagaan Turki tanpa perlu melakukan referendum atau proses pungutan suara. – Agensi/MYNEWSHUB/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori