Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Arah Trump Henti...

SAN FRANCISCO - Semakin ramai pengkritik yang disekat oleh Presiden Donald Trump kini...

7 Orang Termasuk Bekas...

Kota Bharu: Seorang bekas banduan yang baru dibebaskan daripada penjara kira-kira enam bulan...

Wanita Terjun Laut, Dihanyutkan...

INDIA – Niat seorang wanita untuk mati bersama-sama dengan ibu bapa dan empat...

India Keluar Waran Tangkap...

BIRO Penyiasatan Pusat India (CBI) telah memohon waran tangkap terhadap tokoh perniagaan Tan Sri...

PAS Berjaya Lakukan Pemutihan Pemimpin – Asri

KUALA LUMPUR – Kekalahan ramai bekas pemimpin PAS dalam pemilihan parti itu yang berlangsung semalam kerana mereka merupakan golongan yang tersasar daripada perjuangan PAS.

Pemimpin PAS di Kelantan, Asri Ed-Diwanie berkata, kekalahan mereka boleh juga dianggap sebagai satu pemutihan oleh ahli PAS untuk menyingkirkan bekas pemimpin-pemimpin PAS tersebut.

“Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang jawatan Presiden begitu juga kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden PAS yang baru iaitu Idris Ahmad, Datuk Iskandar Abd Samad dan Datuk Mohd Amar Abdullah. Tahniah juga kepada kesemua 18 calon Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang telah menang dalam pemilihan kali ini.

“Kepada yang kalah dalam pemilihan, ianya adalah signal daripada perwakilan atau sebagai teguran terhadap sikap yang ditunjukkan atau sebagai jalan kearah usaha pemerkasaan bagi menguatkan nakhoda PAS. Boleh jadi juga sebagai pemutihan dalam beberapa perkara yang berkaitan dasar perjuangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Asri berkata, bekas pemimpin PAS yang tewas itu diminta terus bekerja dan taat kepada saf kepimpinan baharu PAS kerana itu dituntut oleh Islam.

Media hari ini melaporkan, golongan pro-ulama yang diketuai Abdul Hadi menyapu bersih jawatan utama dalam pemilihan pucuk pimpinan baru PAS, di samping menguasai sepenuhnya teraju Dewan Pemuda dan Muslimat parti itu.


Abdul Hadi juga berjaya mengetepikan pencabarnya Ahmad Awang untuk mengekalkan jawatan presiden PAS, dengan memperolehi kira-kira 80 peratus daripada 1,160 undi.

Timbalan barunya adalah Tuan Ibrahim yang memperoleh 76 peratus undi, untuk menewaskan penyandang dua penggal jawatan itu, Mohamad Sabu.

Manakala tiga penyandang jawatan naib presiden – Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar tersingkir dan digantikan dengan Idris, Nik Amar dan Iskandar.

Bagi 18 jawatan jawatankuasa pusat pula, hanya seorang calon pilihan Abdul Hadi yang gagal, iaitu Kamaruzaman Mohamad. – mynewshub.cc

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori