Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bubar Sementara Bukti PPBM...

ALOR SETAR - Pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) oleh Jabatan Pendaftaran...

Politeknik Rancang Perkenal Lebih...

DUNGUN - Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) merancang memperkenalkan lebih banyak program peringkat ijazah...

Kaedah Pengapungan Mingguan Langkah...

KUALA LUMPUR - Kaedah pengapungan terkawal secara mingguan bagi penetapan harga minyak adalah...

Azharina Terkejut Rakan Hadiah...

PENYANYI yang popular dengan lagu Elegi Sepi, Azharina Azhar terkejut besar apabila sebuah...

PAS Tak Rugi Jika Bekas Pemimpin Tinggalkan Parti

KUALA LUMPUR – PAS tidak rugi jika ada mana-mana bekas pemimpinnya yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini menarik diri daripada parti itu.

Bendahari Dewan Ulama PAS Pusat, Mohd. Asri Daud berkata, perjuangan Islam akan tetap diteruskan oleh pejuang parti itu yang ikhlas.

“Berada dalam perjuangan Islam adalah suatu kemuliaan. Ketahuilah bahawa perjuangan Islam akan tetap dibangunkan oleh para pejuang ikhlas yang muncul sepanjang zaman.

“Perjuangan Islam tidak akan rugi dengan penarikan diri untuk tidak terlibat dengannya, malah kitalah yang akan rugi dan perjuangan Islam tetap maju ke mercunya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Mohd. Asri memberi amaran kepada mana-mana pihak dalam parti tidak mewujudkan pertentangan dalam PAS.

Katanya, golongan itu perlu membuang kepentingan individu atau kawan, kerana dalam PAS hanya kepentingan kerana Allah S.W.T.

Mohd. Asri dalam pada itu mendakwa, pemilihan PAS kali ini menyaksikan14 yang terpilih dalam kalangan ulama dan agamawan dan sembilan daripada golongan profesional dan aktivis.


Media semalam melaporkan, golongan pro-ulama yang diketuai Abdul Hadi menyapu bersih jawatan utama dalam pemilihan pucuk pimpinan baru PAS, di samping menguasai sepenuhnya teraju Dewan Pemuda dan Muslimat parti itu.

Abdul Hadi juga berjaya mengetepikan pencabarnya Ahmad Awang untuk mengekalkan jawatan presiden PAS, dengan memperolehi kira-kira 80 peratus daripada 1,160 undi.

Timbalan barunya adalah Tuan Ibrahim yang memperoleh 76 peratus undi, untuk menewaskan penyandang dua penggal jawatan itu, Mohamad Sabu.

Manakala tiga penyandang jawatan naib presiden – Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar tersingkir dan digantikan dengan Idris, Nik Amar dan Iskandar.

Bagi 18 jawatan jawatankuasa pusat pula, hanya seorang calon pilihan Abdul Hadi yang gagal, iaitu Kamaruzaman Mohamad. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori