Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Polis Kuching Rampas Dadah...

KUCHING - Polis Kuching merampas ganja, pil Eramin 5 dan syabu bernilai RM357,450...

Kampus Sukan Diwujudkan Di...

KOTA BHARU - Sebuah kampus khusus untuk pembangunan sukan bola sepak akan diwujudkan...

Lembu Punca Perang Dunia...

AHMEDABAD - Seorang bekas sami yang kini menjadi pegawai kerajaan India meramalkan Perang...

14 Resolusi ‘Baju Merah’...

AHLI Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sewaktu berucap pada "Himpunan Rakyat Bersatu"...

PAS Umum Kaji Semula Kerjasama Dengan PR

KUALA LUMPUR – PAS mengesahkan parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan rakyat.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu akan ditentukan dalam tempoh terdekat.

“Jawatankuasa PAS Pusat Sesi 2015-2017 mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

“PAS akan mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan rakyat, tetapi ini tidak akan dilakukan pada mesyuarat pertama kita malam ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Takiyuddin berkata, mesyuarat yang akan berlangsung jam 8.30 malam ini akan melantik setiausaha agung, ketua penerangan, bendahari dan semua jawatan yang dilantik.


Muktamar PAS di Kuala Selangor, Selangor baru-baru ini meluluskan usul memutuskan kerjasama dengan DAP yang merupakan salah satu parti dalam pakatan rakyat.

Berikutan itu, DAP meminta semula ahli PAS yang memegang jawatan kerajaan negeri dibawah pentadbiran DAP supaya meletak jawatan kerana tiada lagi kerjasama antara kedua-dua parti tersebut. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori