KUALA TERENGGANU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan mengadakan jualan menjelang Ramadan di beberapa pasar tani di negeri ini Rabu ini.
Pengarah Fama Negeri Hasan Jusoh berkata pasar tani berkenaan ialah di Jertih, Padang Hiliran, Kerteh dan Hulu Terengganu.
“Pada hari itu, pengguna boleh mendapatkan barang keperluan di pasar-pasar tani tersebut dengan harga berpatutan,” katanya.
Sementara itu beliau berkata 19 pasar tani di seluruh Terengganu akan beroperasi pada bulan puasa ini. – BERNAMA