Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bayi 3 Bulan Koma...

KUALA LUMPUR - Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan koma selepas mengalami pendarahan...

Kerajaan Berazam Percepat Pemberian...

KUALA LUMPUR - Kerajaan berazam wang ihsan sekurang-kurangnya RM500 untuk setiap isi rumah...

Larangan Mahkamah Lupus Aset...

Susulan perintah injunksi Mareva ex-parte kepada 1MDB dan subsidiarinya oleh Mahkamah Tinggi Kuala...

2 Mangsa Masih Terperangkap...

KUALA LUMPUR - Dua warga Indonesia dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan bangunan di tapak...

Pasaraya Terkenal Promosi ‘Pringles Babi’ Untuk Ramadan

SEMPENA menyambut bulan Ramadan, pasaraya di seluruh dunia termasuk Malaysia giat menjalankan pelbagai diskaun dan promosi bagi menarik lebih ramai pelanggan untuk datang berbelanja di pasaraya masing-masing.

Namun, muncul cerita lawak yang dikongsikan seorang lelaki dikenali sebagai Raza Hassan, 25 ketika sedang membeli-belah di Tesco, Liverpool Street, London.

Semuanya angkara kesilapan pasaraya terbabit yang tersilap mempromosi sebuah snek jenama Pringles berperisa Smokey Bacon sempena kedatangan Ramadan.

Sedangkan semua maklum, bahawa bacon atau lebih dikenali sebagai daging babi sememamnya haram bagi umat Islam.

“Mereka ada tawarkan perisa lain juga tetapi pekerja tersilap menyusun perisa ini bagi promosi Ramadan. Ia tidak menyinggung perasaan saya tapi saya mendapati ia sangat kelakar,” ujar Raza Hassan kepada Buzzfeed.


12_hoyn_silikonpuppe

Susulan kejadian itu, jurucakap Tesco memohon maaf kepada umat Islam dan mengakui ianya tidak sepatutnya berlaku serta telah bertindak segera mengalihkan Pringles perisa tersebut.

Alahai, nasib berlaku di Tesco London.. jika di Malaysia pasti sudah jadi cerita kontroversi dan menimbulkan amarah ramai. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori