Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

4 Anggota Sindiket Dadah...

NIBONG TEBAL - Empat termasuk seorang wanita dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah ditahan...

Keangkuhan Foodpanda Tak Selesai...

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan...

Dalam Diam, Aktres Malaysia...

SEBELUM ini, seorang pelakon Malaysia diberitakan mendapat tawaran satu produksi adiwira popular di...

Che Ta ‘Beraya’ Di...

ALAHAI, bertuahnya bergelar insan bernama Rozita Che Wan ini atau lebih mesra dipanggil...

Pastikan Bekalan Darah Mencukupi Semasa Musim Perayaan

KUALA LUMPUR – Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru, Johor meminta orang ramai menderma darah kepada Jabatan Perubatan Transfusi hospital itu.

Pengarah HSA, Rooshaimi Merican A. Rahim Merica berkata, Kempen Derma Darah itu diadakan bagi memastikan bekalan darah mencukupi menjelang musim perayaan tidak lama lagi.

“Pihak pengurusan hospital mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk sama-sama memberikan sokongan dalam menjayakan Kempen Derma Darah ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rooshaimi Merican berkata, Kempen Derma Darah tersebut akan berlangsung dari 2 hingga 12 Julai ini di beberapa lokasi awam di sekitar Johor Bahru.

Lokasi itu termasuk Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Tesco Seri Alam, Skudai Parade, IOI Mall Bandar Putra Kulai, Pasaraya Maslee Taman Kota Masa dan Plaza Tasek Sutera Mall.


Menurutnya, orang ramai yang mahu mengetahui jadual Kempen Derma Darah itu boleh menghubungi talian 07-225 7237 atau layari Facebook Jadual Kempen Derma Darah Johor Bahru. – mynewshub.cc

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori