Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

APMM Tahan 10 Nelayan...

GEORGE TOWN - Dua bot membawa 10 nelayan Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim...

Naik Taraf Sistem Operasi...

KUALA LUMPUR -- Terdapat beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil oleh bank untuk...

Ketua Pegawai Integriti Prasarana...

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mempunyai Ketua Pegawai Integriti yang dipinjamkan...

5 Orang Maut Pertempuran...

TALUQAN (Afghanistan) - Sekurang-kurangnya lima orang awam maut manakala 13 lagi cedera apabila...

Pegawai SPRM: Kami Tak Bertindak Kasar, Rosli Dahlan Keluar Kata Kesat

KUALA LUMPUR – Salah seorang saksi pasukan defendan menafikan pegawai-pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) menggunakan kekerasan atau bertindak kasar ketika berada di premis Rosli Dahlan untuk menahan beliau pada tahun 2007.

Sebaliknya saksi itu, Augustine S. Manson berkata, pihaknya terpaksa mematuhi dan menggunakan SOP tindakan menahan apbila plaintif enggan bekerjasama ketika hendak ditahan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga diberitahu bahawa Rosli, seorang peguam, menggunakan kata-kata kesat ke atas pegawai-pegawai BPR, yang kini dikenali sebagai SPRM, semasa berada di pejabatnya di Tingkat 17, Menara Asia Life Assurance, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur susulan notis penahanan dikeluarkan atas namanya.

Mahkamah Tinggi mendengar keterangan Augustine pada hari Rabu, 10 Jun 2015.

“Dia enggan beri kerjasama dan menggunakan kata-kata kesat ke arah kami apabila kami memberitahu dia mengenai arahan untuk menahannya,” katanya.

Kejadian itu berlaku pada 11 Oktober 2007.

Augustine berkata, apabila pegawai yang ditugaskan untuk menahannya, M. Mohan menjelaskan tentang alasan arahan penahanan, Rosli kelihatan agresif dan enggan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh mereka.


Rosli dikatakan cuba mengelak daripada digari oleh pegawai-pegawai BPR meskipun dijelaskan tentang sebab dia ditahan di bawah Seksyen 32(2) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Augustine, pegawai yang membantu dalam urusan penahanan Rosli, memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Su Geok Yian.

Rosli memfailkan saman 17 defendan termasuk pegawai kanan SPRM dan kerajaan berikutan penahanan dan pendakwaannya kerana gagal menyatakan maklumat mengenai asetnya.

Perbicaraan disambung pada 11 Jun 2015. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori