Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

11 Kluster Covid-19 Tempat...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 15 kluster jangkitan koronavirus (Covid-19) yang...

Liga Super: JDT Belasah...

KUALA LUMPUR – Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) membelasah T-Team 6-1...

Himpunan Kuning, Merah Tidak...

KUALA LUMPUR - Penganjuran beberapa perhimpunan aman baru-baru ini tidak menjejaskan sektor pelancongan...

Lelaki Berbadan Idaman Makan...

LELAKI ini mempunyai badan idaman ramai dan tatkala mereka yang memiliki badan sepertinya...

Pegusaha Balak Direman Siasatan Kes Suapan RM500,000

IPOH – Seorang pengusaha syarikat pembalakan direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung pemberian suapan berjumlah RM500,000 kepada seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya tidak meneruskan siasatan terhadap aktiviti pembalakan.

Majistret Rahimah Rahim membenarkan lelaki berusia 36 tahun itu direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Menurut jurucakap SPRM, pihaknya menahan lelaki terbabit di sebuah restoran makanan segera di Meru di sini, pada pukul 11.30 pagi semalam.

Lelaki itu disyaki memberi suapan kepada pegawai kanan SPRM supaya tidak meneruskan siasatan terhadap aktiviti pembalakan di luar kawasan yang dilesenkan di Hutan Simpan Temenggor, Gerik.


“Operasi ini dijalankan oleh pihak SPRM dan Jabatan Perhutanan. Lelaki terbabit didakwa menawarkan suapan sebanyak RM1 juta bagi mengelak siasatan diteruskan dan mengesan pembalakan di luar kawasan yang dihadkan.

“Lelaki terbabit dikatakan membayar suapan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 kepada pegawai SPRM terbabit pada 7 April lepas,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori