Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

LATAR Buat Laporan Polis...

PIHAK konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR) hari ini mengeluarkan kenyataan...

Pembantu Klinik Di Kota...

KOTA TINGGI - Seorang wanita berusia 21 tahun yang baharu memulakan kerja sebagai...

Ketua Agama Digesa Tekan...

KOTA KINABALU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup hari...

Penjawat Awam Ketua Ayahanda...

KLANG - Seorang penjawat awam yang dipercayai ketua kongsi gelap digelar Ayahanda Yie...

Pekerja MAS Ada Juga Silap – AMK

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengakui terdapat pekerja biasa Malaysia Airlines (MAS) turut melakukan kesilapan yang menyumbang kepada permasalahan syarikat penerbangan itu selama ini.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, atas sebab itu ramai menyalahkan kakitangan dan Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS (Maseu) hingga ada sebahagian mereka tidak bersimpati dengan nasib pekerja MAS yang hilang pekerjaan.

Bagaimanapun, katanya, penyumbang terbesar kepada permasalahan MAS selama lebih dua dekad adalah akibat kepincangan tadbir urus dalam syarikat penerbangan itu berbanding kesilapan kakitangan MAS terbabit.

“Memang benar kesatuan juga ada silapnya, tetapi MAS menjadi begini kerana kepincangan di dalam tadbir urus serta campur tangan politik yang telah berlangsungan selama lebih dua dekad,” dakwanya dalam satu kenyataan media semalam.

Nik Nazmi berkata, beliau juga percaya kebanyakan daripada 20,000 pekerja MAS jujur, rajin dan telah menjalankan tugas sebaik mungkin untuk syarikat tersebut.


Dakwanya, keputusan dan polisi yang menjejaskan MAS selama ini bukan dibuat oleh pekerja biasa mahupun Maseu tetapi oleh pengurusan tertinggi MAS sejak 20 tahun lalu.

Justeru, beliau menyeru orang ramai mendoakan seramai 6,000 kakitangan MAS yang telah kehilangan pekerjaan minggu ini dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan sempurna. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori