Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Misi Cari MH370 Disambung...

KUALA LUMPUR – Interpretasi data sonar ke dalam latar imej boleh percaya merupakan...

Video: UFO Singgah di...

SEORANG pengguna Youtube, Alanj2007 Games memuat naik satu video yang didakwa rakaman dua...

KWSP Rancang Perluaskan Unit...

HULU TERENGGANU - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperluaskan unit Khidmat Nasihat...

myPBA Mudahkan Pengguna Bayar...

GEORGE TOWN - Warga Pulau Pinang kini boleh menggunakan telefon pintar atau tablet...

Pelajar Muslim Diharamkan Berpuasa Di Britain

PELAJAR beragama Islam di empat sekolah rendah di Britain diharamkan daripada menjalani ibadah puasa Ramadan.

Keputusan itu diambil pengurusan empat sekolah itu, The Lion Academy Trust berikutan mereka risau dengan keupayaan kanak-kanak itu untuk berpuasa.

Walau bagaimanapun, keputusan itu mendapat reaksi yang berbeza daripada Persatuan Muslim di sana.

Menurut surat yang ditulis pengetua Aaron Wright berkata, “Kami difahamkan dalam undang-undang agama Islam, kanak-kanak tidak digalakkan untuk berpuasa, ianya hanya diwajibkan sewaktu mereka sudah akil baligh dan dewasa.”

“Sebelum ini, kami menerima kes mengatakan beberapa pelajar jatuh sakit, pengsan dan ponteng kelas berikutan tidak berupaya kerana sedang berpuasa.

“Sehubungan itu, memandangkan sekolah dan undang-undang Islam bertujuan sama, untuk itu kami tidak membenarkan pelajar-pelajar Muslim di Lion Academy Trust untuk berpuasa untuk menghalang kejadian yang berlaku sebelum ini daripada berulang,” ujar Wright.


Sementara itu, wakil jurucakap Persatuan Muslim berkata, “Kami percaya Islam adalah agama yang memudahkan umatnya.”

“Namun, peraturan sekolah ini sepatutnya hanya terpakai untuk pelajar yang menghidap penyakit serius atau kritikal, ataupun yang terlalu muda untuk berpuasa.

“Oleh itu, kami percaya sama ada kanak-kanak ini boleh berpuasa atau tidak wajarlah ditentukan oleh ibu bapa mereka, yang lebih mengetahui sama ada anak mereka sudah boleh mula berpuasa atau pun tidak,” katanya.

Umat Islam seluruh dunia dijangka mula berpuasa wajib di bulan Ramadan pada 18 Jun ini. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=OiBQB2vdbt4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori