Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Saudi Digesa Jelas Isu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Arab Saudi digesa menjelaskan pendirian negara itu, berhubung laporan...

2 Bot, 25 Nelayan...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan dua bot dan...

Usah Kritik ‘Kosong’, Salur...

SHAH ALAM – Jangan sekadar memberi kritikan ‘kosong’ tentang pelaksanaan mekanisme baharu subsidi...

Pekerja Stesen Minyak Lebam...

IPOH - Seorang pekerja stesen pam minyak di Sungkai yang dipukul sekumpulan lelaki...

Pelajar Sekolah Cipta Kondom Kesan Jika Ada Penyakit STD

TIGA pelajar pintar Akademi Isaac Newton di Essex, England, Daanyaal Ali, 14, Chirag Shah, 14, dan Muaz Nawaz, 13,  mencipta inovasi kondom yang mana ianya akan bertukar warna yang spesifik sekiranya si pemakainya menghidap penyakit menular seksual (sex transfer disease (STD)) seperti HIV, sifilis, herpes genital dan hepatitis B.

Kondom yang diberi nama S.T. Eye itu masih lagi di peringkat percubaan namun idea di sebalik penggunaannya ialah kondom itu akan bertukar warna menjadi ungu sekiranya ia mengesan virus HIV, kuning untuk jangkitan herpes genital dan warna biru untuk sifilis.

“Kami mahu mencipta sesuatu yang dapat mengesan penyakit penularan seksual secara langsung menerusi inovasi ini jadi mereka yang mengalami jangkitan tersebut boleh terus mendapatkan rawatan sekiranya mereka benar-benar menghidap penyakit STD,” kata Ali memetik laporan portal The Indiependent.

Di atas kejayaan tersebut, tiga remaja itu telah dianugerahkan trofi TeenTech atas usaha berkenaan dan mereka telah dikurniakan wang sebanyak £1,000 (RM5,900) dan lawatan ke Istana Buckingham. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori