Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Makin Ramai Didenda Beri...

SINGAPURA - Lebih ramai orang termasuk pelancong asing didenda kerana didapati memberikan makanan...

SPRM Siasat Isu Tender...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat isu dakwaan tender...

Juruterbang MH370 Beri Isyarat...

PETALING JAYA - Seorang jurutera aeronautik mendakwa juruterbang MH370 memberikan isyarat lokasi beliau...

Jet Pejuang Termahal AS...

WASHINGTON - Jet pejuang Amerika, F-35 mengadakan pendaratan pertama di kapal induk hari...

Pelajar UTM Cipta Aplikasi ‘We Alert’ Cegah Denggi

JOHOR BAHRU – Sekumpulan pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengambil inisiatif mencipta aplikasi telefon pintar ‘We Alert’ bagi membolehkan masyarakat mengetahui penularan wabak denggi di kawasan masing-masing.

Ketua Projek, Yong Bong Xiang berkata aplikasi yang dibangunkan Februari lepas itu masih dalam bentuk prototaip dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

“Kami mencipta aplikasi ini atas sebab kebimbangan peningkatan wabak denggi. Aplikasi ini dapat membantu masyarakat sekitar mengetahui kawasan wabak sekali gus peka dan mengambil langkah pencegahan dengan segera,” katanya di sini hari ini.

Selain Yong, 21, kumpulan projek itu turut terdiri daripada Jason Lim Ji Chen, 21, Tan Ru Dei, 20 dan Chin Linn Kern, 21, yang dibantu pensyarah mereka Dr Yeong Chee Fai.

Beliau berkata menerusi aplikasi itu juga, masyarakat dapat menyalurkan maklumat mengenai kejadian denggi di kawasan yang terlibat dengan memuat naik di aplikasi berkenaan.

Yong berkata data yang terdapat dalam aplikasi itu akan memaparkan kes denggi yang berlaku di sesuatu kawasan mengikut warna tertentu.


“Terdapat paparan tiga warna berbeza yang menunjukkan skala sesebuah kawasan itu iaitu merah untuk bahaya, kuning bagi sedarhana dan hijau bagi rendah,” katanya.

Menurutnya, maklumat yang terdapat dalam aplikasi berkenaan adalah tepat kerana ia diperoleh daripada statistik denggi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, Yeong berkata sebagai mentor, beliau berperanan membantu kumpulan pelajar tersebut dari segi penambahbaikan fungsi aplikasi dan menyelaras aktiviti mereka.

Beliau berkata pihaknya mahu ‘We Alert’ memberi manfaat kepada orang ramai dan mengalukan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan bagi menjayakan pembangunan aplikasi itu.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori