Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PRU-14: TPM Ingatkan Usah...

MUAFAKAT... Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan kalangan 'orang' UMNO dan parti...

10 Kaki Judi Kena...

GEORGE TOWN - Seramai 10 orang lelaki ditahan ketika sedang leka berjudi di...

Adenan Satem Lakukan Yang...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mempunyai kad laporan yang...

Campur Tangan Asing Tak...

PUTRAJAYA - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin...

Pelaksanaan Penuh Modul BioMedical, EVDR Mulai 15 Jun

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen memaklumkan modul BioMedical dan eVDR (FWCMS) untuk urusan pekerja asing akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 15 Jun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, melalui modul itu semua bakal pekerja asing perlu melalui pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik yang mempunyai kemudahan BioMedical.

“Ia untuk verifikasi biometrik terhadap bakal pekerja asing bagi tapisan keselamatan dan juga mengesahkan pekerja tersebut merupakan subjek sebenar yang memohon sebelum dibuat pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mustafa berkata, pelaksanaan modul itu juga bermakna tiada lagi permohonan secara manual di kaunter Imigresen dan penggunaan modul eVDR diwajibkan.

Kata beliau, ia termasuk pembelian insurans untuk pekerja asing yang merupakan platform permohonan surat kelulusan Visa Dengan Rujukan (VDR) secara dalam talian bagi memudahkan urusan majikan tanpa perlu menunggu di kaunter Imigresen.


Justeru, katanya, semua kaunter manual Imigresen akan hanya dibuka dalam tempoh peralihan selama 15 hari lagi sebelum ditutup sepenuhnya pada 1 Julai 2015.

“Tiada sebarang caj perkhidmatan tambahan dikenakan untuk modul eVDR,” katanya.

Beliau turut mengingatkan maklumat nombor telefon bimbit dan alamat emel majikan perlu dibuat semakan oleh semua majikan dalam sistem Jabatan Imigresen bagi memastikan kesahihan data. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori