Sejak mutakhir ini, isu pelancong luar negara berbogel di lokasi bersejarah dan tumpuan ramai sering kali berputaran di media tempatan mahupun antarabangsa.
Kerap-kali, tindakan seumpama itu bukan sahaja mendapat kecaman dari penduduk setempat, malah dikritik masyarakat dunia kerana memperlihatkan ketidakmatangan pihak terbabit yang tidak mengendahkan sensitiviti, adat budaya mahupun agama.
Dalam kes terbaru yang berlaku di Malaysia, sekumpulan pelancong dari beberapa negara, antaranya Kanada, United Kingdom dan Belanda bertindak berbogel di puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu, lalu mencetuskan amarah masyarakat negara ini.
Penduduk setempat mendakwa, perbuatan itu menjadi punca kepada kejadian gempa bumi di Sabah.
Pelancong Asing Bogel Di Puncak Kinabalu, Maki Malim Gunung
Pada bulan lalu pula, satu pasangan turut dilaporkan bertindak tidak senonoh apabila melakukan hubungan seks di balkoni sebuah kondominuim di Bangsar.
Ketika ini, individu lelaki yang melakukan perbuatan tersebut dipercayai telah pulang ke negara asalnya manakala individu wanita pula masih lagi disiasat identitinya.
Jangan dilupakan juga kes sukan berbogel yang mengemparkan negara yang berlaku di Pulau Pinang tahun lepas.
Berdasarkan pemerhatian di Internet oleh Mynewshub, Malaysia bukanlah mangsa pertama kes pelancong berbogel di kawasan terbuka, malah ia boleh dikatakan sering berlaku di beberapa negara lain sejak setahun kebelakangan ini.
Persoalanya, adakah ia hanya satu kebetulan atau sememangnya terdapat komuniti (mungkin dalam talian atau di internet) yang cuba menciptakan ‘trend’ berbogel ketika melancong?
Lepas satu tempat, satu tempat lain akan menjadi mangsa.
Jika diimbas, pada bulan lalu, seorang gadis dari Hong Kong bertindak menanggalkan pakaiannya ketika mencuba sukan ekstrem ‘bungee jumping’ di Chang Mai, Thailand.
Kisah tersebut kemudian mendapat perhatian warga negara gajah putih setelah rakmn videonya dimuat naik ke laman-laman blog di sana.
Akhirnya, syarikat yang menawarkan permainan tersebut disaman kerana membenarkan perlakukan tidak bermoral itu berlaku.
Begitu juga tindakan pelakon porno Carmen De Luz yang berbogel di hadapan piramid.
Pada Februari lalu, dua adik-beradik dari Amerika Syarikat ditahan pengawal keselamatan setelah melakukan perbuatan sama di Kuil Preah Khan, salah sebuah tempat suci di Kemboja.
Bukan itu sahaja, terdapat beberapa kes sama berlaku melibatkan pelancong asing yang bertindak mengambil gambar tanpa seurat benang, sehingga menyebabkan pihak berkuasa Kemboja mengambil keputusan menguakuasakan undang-undang menghalang perbuatan tersebut di sana.
Jika hendak diceritakan satu-satu, rasanya sehingga esok mungkin tidak habis.
Melalui gambar-gambar yang dipaparkan, terdapat satu persamaan yang nyata iaitu kebanyakannya diambil di tempat-tempat bersejarah.
Antaranya, di kawasan Angkot Wat, Kemboja, Machu Picchu, Peru, Taj Mahal, India, Tembok Besar China dan Eiffel Tower. Adakah ia satu kebetulan atau perbuatan terancang?
Susah untuk menduga sebab-musabab tindakan yang dilakukan pelancong-pelancong tersebut, namun, kewujudan beberapa blog seperti My Naked Trip dan Naked at Monuments menimbulkan banyak andaian.
Apakah kehadiran blog-blog seperti ini secara tidak langsung menggalakkan aktiviti menayangkan bahagian-bahagian sulit kepada khalayak demi kepuasan?
Rasanya umpama wujud satu komuniti rahsia yang merancang sesama sendiri untuk berbogel di tempat-tempat pelancongan dan bersejarah.
Rasanya trend ini tidak akan berakhir akan berterusan untuk tempoh yang panjang.
Apa-apapun, secara umumnya, masyarakat seluruh dunia mengecam tindakan yang dilakukan segelintir individu yang mencemarkan nama baik negara sendiri untuk kepentingan peribadi.
Senang cakap, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak…dah datang negara orang, belajar la hormat adat budaya setempat.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Gadis Amerika Syarikat Ditahan Kerana Gambar Separuh Bogel Di Angkot Wat
https://www.youtube.com/watch?v=nKbv34xgrKQ