Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Digigit Ular Sawa Dari...

Pengalaman ini mungkin jadi igauan paling ngeri dalam kehidupan seorang wanita dari Utara...

Kekal Kerajaan Pembangunan Banyak...

TAWAU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia ada yang ditunjangi UMNO perlu dikekalkan...

Curi Balak: 10 Termasuk...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan polis di Sarawak, adalah antara 10 yang...

Lelaki Bawa Pemetik Api...

MIRI – Polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dari Limbang kerana memiliki...

Pelarasan Tarif Air NS Tak Libatkan Pemilik Akaun Domestik

REMBAU – Pelarasan tarif air di negeri ini berkuat kuasa 1 Mei lepas tidak melibatkan pemilik akaun domestik dan hanya melibatkan pemilik akaun komersial, perindustrian dan kerajaan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata walaupun lebih 70 peratus akaun di negeri ini merupakan pemilik akaun domestik, tetapi kerajaan negeri mengecualikan mereka untuk memastikan pengguna tidak terbeban dengan kenaikan tarif air itu.

“Kerajaan Negeri Sembilan dan SAINS (Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd) memutuskan kenaikan tarif air ini setelah mendapat persetujuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan persekutuan.

“Saya yakin pihak komersial, industri dan kerajaan mampu untuk menampung jumlah kenaikan tarif yang kita kenakan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan saluran paip air baharu dari loji rawatan air Sawah Raja ke persimpangan Kampung Sawah Raja, Kota dekat sini, hari ini.


Katanya keputusan menaikkan tarif air dibuat setelah mengambil kira pelbagai perkara, lagipun tarif air di negeri ini tidak dinaikkan sejak 2002.

Berhubung projek saluran paip sejauh 5.25 kilometer itu, Mohamad berkata ia sebahagian daripada komponen fasa kedua yang bertujuan menangani catuan bekalan air yang terpaksa dihadapi penduduk sekitar Rembau dan Tampin sejak 2014 hingga sekarang.

“Para pengguna di kawasan berkenaan dijangkakan tidak akan menghadapi permasalahan catuan khususnya menjelang bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal tiba,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori