Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Keluarga Mahu Keadilan, Hukuman...

Keluarga kepada Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, guru wanita yang mayatnya ditemukan dalam...

Dani Alves Ke Juventus?

BARCELONA - Daniel Alves dikhabarkan akan meninggalkan kelab dari Barcelona dan akan berhijrah ke...

Jauhi Isu Agama &...

PUTRAJAYA - Parti politik dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14...

Polis Perancis Rampas 20...

PARIS - Polis Perancis merampas 20 tan miniatur Menara Eiffel sebagai sebahagian daripada...

Pelarian Rohingya Wajar Menerima Bantuan Zakat

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) berpendapat pelarian Rohingya yang tertindas wajar diberi bantuan zakat serta bantuan lain yang sesuai.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata beliau akan meminta kerjasama daripada Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam setiap negeri untuk memberi segala bentuk bantuan yang diperlukan pelarian tersebut termasuk zakat.

“Atas dasar kemanusiaan, sudah semestinya kita bantu golongan tertindas itu (pelarian Rohingya) yang juga saudara seagama,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman semalam yang berpendapat wang zakat boleh digunakan untuk membantu pelarian berkenaan.


Abdul Rahman berkata pelarian Rohingya termasuk golongan ‘ar-Riqab’ iaitu golongan yang ‘terbelenggu dan tiada kebebasan diri’ yang berhak menerima zakat selepas fakir, miskin, amil dan mualaf. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori