KUALA LUMPUR – Pemain pasukan Brisbane City berdarah campuran Malaysia-Australia, Curren Ferns berhasrat untuk menyertai kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).
Laman Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) memberitahu, hasrat itu dinyatakan sendiri oleh Ferns.
“Beliau menyatakan minatnya untuk menyarung jersi Harimau Malaya memandangkan ibunya berasal dari Johor Bahru.
“Seperti Brendan Gan serta Matthew Davies, beliau juga berhasrat untuk kembali sebagai warganegara Malaysia,” kata laman Facebook Johor Southern Tigers.
Ferns bermain untuk posisi pertahanan di bahagian tengah dan kanan.
“Beliau memberitahu sudah bersedia untuk menjalani latihan pemilihan bersama pasukan JDT,” kata laman Facebook tersebut. – Mynewshub.cc