KETIKA masa depan DAP, PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat sudah di penghujung, timbul khabar angin bahawa mereka kini sedang berdiskusi untuk membentuk Pakatan 2.0.
Ura-ura tersebut menjadi semakin kuat setelah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok memuat naik beberapa keping foto majlis berbuka puasa yang diadakan dalam kalangan pemimpin PR, semalam.
Anwar Beritahu Pakatan Baru Akan Muncul?
Memetik kenyataan Teresa dalam laman Facebook rasminya, pertemuan tersebut diadakan di kediaman Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.


Tulisnya lagi, “Saya rasa gembira dan hairan dapat bertemu dengan begitu ramai kawan-kawan progresif PAS dari beberapa negeri yang luar dari Selangor, seperti Salahuddin Ayub, Suhaizan Kaiat, Aisyah, Mujahid, Dr Hatta Ramli dan lain.
“Saya kata dengan mereka ini pertama kali saya lihat pemimpin progresif dalam PAS begitu bersatu padu.”
Selain itu, dia turut berkata, pertemuan tersebut diharapkan bakal memberi petanda baru kepada kewujudan Pakatan 2.0.
“Walaupun keputusan Muktamar PAS untuk putus hubungan dengan DAP telah mematikan Pakatan Rakyat, tetapi malam ini nampaknya beri harapan kepada kelahiran Pakatan 2.0.”
Antara pemimpin-pemimpin yang hadir dalam majlis berbuka puasa itu adalah Lim Kit Siang, Salahuddin Ayub, Suhaizan Kaiat, Aisyah, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli,  Tian Chua dan Saifuddin Nasution. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Pakatan Rakyat 2.0 Bakal Dilahirkan?