Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

DAP Tak Sehaluan, Berada...

KLUANG - Tindakan empat wakil rakyat DAP Melaka yang meletakkan jawatan dua hari...

Lawatan TPM Di Dungun...

DUNGUN - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melawat dua...

Kaedah Ternak Ikan Keli...

KOTA KINABALU - Kaedah menternak ikan keli spesies Afrika oleh seorang pengusaha di...

30 Filem Tempatan Akan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 30 buah filem tempatan dihantar untuk menyertai 17 festival...

Pembatalan Dialog Bukan Atas Arahan Najib Atau Saya

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembatalan program dialog perdana menteri bersama badan bukan kerajaan (NGO) hari ini bukan atas arahan beliau atau Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuat keputusan itu berdasarkan aspek keselamatan susulan maklumat awal akan berlaku beberapa insiden yang tidak diingini pada majlis bertajuk ‘Nothing To Hide’ itu.

“Pihak polis mendapat maklumat awal akan berlaku beberapa insiden yang akan menyebabkan sesuatu yang tidak positif walaupun tujuan anjuran majlis itu adalah untuk membuka sesuatu yang tidak patut diselindungkan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama ulama Hadis, di sini.

Ahmad Zahid berkata perdana menteri berdukacita dengan pembatalan dialog itu kerana beliau amat komited untuk hadir tetapi telah diberikan pandangan oleh pihak polis bahawa Najib tidak seharusnya hadir atas faktor-faktor keselamatan.

Ditanya mengenai tindakan terhadap penganjur kerana membuka dewan kepada orang ramai walaupun majlis dibatalkan serta tindakan polis menghentikan ucapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahmad Zahid berkata perkara itu akan dijelaskan oleh ketua polis negara pada sidang media petang ini.

“…Saya hanya menyentuh soal dasar. Soal operasi itu saya serahkan kepada ketua-ketua jabatan di bawah kementerian saya,” katanya.


Pejabat Perdana Menteri dalam laman Facebooknya Jumaat memaklumkan Najib tidak hadir pada program dialog di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu kerana faktor keselamatan atas nasihat ketua polis negara.

Majlis anjuran Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) itu dijadualkan bermula pukul 10 pagi dengan wakil NGO, aktivis dan orang ramai boleh bertanya kepada Najib mengenai semua perkara termasuk isu-isu kontroversi seperti 1MDB dan urusan pembelian tanah oleh Tabung Haji.

Bagaimanapun pada pukul 10.30 pagi, penganjur membatalkan program itu kerana berlaku kekecohan di luar Dewan Tun Hussein Onn sehingga ada individu yang ditahan polis. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=56IAvXRNy7Y

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori