Monday, November 18, 2024

Creating liberating content

40 Cedera Nahas Kereta...

RIO DE JANEIRO - Sekurang-kurangnya 40 orang mengalami kecederaan selepas dua kereta api...

Bintang Arsenal Dilempar Kulit...

KETERUJAAN bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang untuk meraikan jaringan gol dicemari insiden apabila dia...

Toys ‘R’ Us Muflis...

BANKRAP... Gergasi jualan mainan kanak-kanak terbesar Amerika Syarikat (AS), Toys ‘R’ Us Inc....

BN Terbuka Terima Parti...

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) terbuka menerima mana-mana pihak yang yakin dengan...

Pemimpin Taat Pada Parti Lain Punca Perpecahan Dalam PAS

DEWAN Ulama Pas menegaskan perpecahan yang berlaku dalam PAS adalah disebabkan sikap tidak wala (taat) ahli kepada kepimpinan parti tersebut.

Malah Ketua Penerangannya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, apabila rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP giat menyerang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ada pemimpin parti itu yang mengambil mudah akan perbuatan tersebut dan tidak bersungguh-sungguh mempertahankan presiden mereka.

Memetik Antara Pos, Khairuddin berkata, “Apa yang berlaku hari ini kerana tiada kesetiaan. Kita setia kepada orang lain. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Datuk Dr Mahfuz dan Datuk Dr Haron, kita mesti setia kepada parti dan ketua parti. Dalam syarat tahaluf siyasi juga sebut untuk setia.”

“Hari ini apabila DAP serang Presiden, ada yang pandang remeh dan cuba beri alasan mengapa DAP serang Presiden. Mereka tak pertahankan Presiden. Ini salah, bercanggah dengan konsep organisasai dan ia mesti diperbetulkan,” katanya.

Khairudidin berkata sedemikian bagi mengulas sikap sesetengah ahli PAS yagn dilihat ‘tidak sekapal’ dengan Abdul Hadi sehingga sanggup mengenepikan pemimpin sendiri dan mentaati pemimpin parti lain, khususnya dalam beberapa isu yang menjadi pertelagahan parti Islam itu dengan rakan komponen, DAP.

Serangan dan kritikan DAP terhadap Abdul Hadi adalah berikutan Presiden Pas itu bertegas mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.


Situasi itu kemudiannya mewujudkan perselisihan pendapat yang begitu ketara dalam parti tersebut sehingga wujud dua puak dalam PAS yang digelar pro ulama dan pro pakatan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JASMIN 

Pertembungan dua kumpulan dalam PAS bukan untuk guling Hadi

https://www.youtube.com/watch?v=IhRfWrBq24k

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori