Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Charlize Theron Dan Sean...

SETELAH hampir dua tahun menyulam cinta, akhirnya pasangan pelakon terkenal, Charlize Theron dan...

Kerajaan Pusat Wajar Benarkan...

TASEK GELUGOR : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpandangan Kerajaan Pusat wajar mempertimbangkan...

PRN: PAS Tunggu Masa...

Setiu : PAS menunggu masa yang sesuai untuk mengadakan pertemuan bersama pimpinan tiga...

Ibu Campak Anak Dari...

Gila, ibu bapa bergaduh, anak yang menjadi mangsa. Kejadian ini berlaku di Hubei,...

Peminat Nabila Huda Bercakaran Pasal Siapa Pegang Arak

EMPUNYA nama Nabila Huda atau mesra disapa Abil sememangnya cukup sinonim dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan gaya penampilannya yang seksi dan cara hidupnya yang dikatakan agak sosial.

Terbaharu, nama anak kepada penyanyi Rock terkenal Amy Search ini sekali lagi menjadi bualan hangat pengguna laman sosial apabila peminatnya bergaduh sesama sendiri ekoran sekeping gambar yang dimuat naik menerusi laman Instagram.

Foto tersebut menunjukkan Abil bersama dua lelaki, salah seorangnya pengacara TV dan pelakon popular berdarah kacukan Switzerland dan Cina, Max Loong.

Difahamkan, foto yang dikongsi Abel ini dirakam pada majlis pembukaan resort Max yang diberi nama Hidden Hills Villas di Uluwatu, Bali, Indonesia, baru-baru ini.

Nabila-Huda-Dosa-Pahala-Saya-Allah-Yang-tentukan-ROTIKAYA

Namun, konflik tercetus apabila ada yang mendakwa Abil berkemungkinan meminum arak berikutan dua lelaki yang bersama Abul dilihat memegang segelas minuman keras.

Hal itu membuatkan peminat setia Abil cuba mempertahankan selebriti kesayangan hingga akhirnya mereka bergaduh sesama sendiri.

Pergaduhan yang timbul itu turut mendapat perhatian Abil yang meminta agar pengikutnya bertenang dan berhenti bergaduh.


“Tak suka saya jangan follow. Simple. Dosa dan pahala kan ditentukan oleh Allah SWT. Tak kisah la macam mana jahat dan teruknya saya di mata anda, yang berhak nilai saya adalah dia,” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon yang pernah membintangi drama Julia ini menegaskan bukan dia yang memegang gelas arak dalam gambar tersebut tapi tidak keberatan untuk memaafkan insan yang berburuk sangka padanya.

Alahai, sudah lumrah bergelar selebriti, sentiasa mendapat perhatian dan ada sahaja yang tidak kena pada mata masyarakat. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=J0XzbOrbLzE

Oleh: CARRIE

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori