Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Menyamar Pegawai Polis...

GEORGETOWN - Seorang lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Dukun Kutip RM1.5 Juta...

SELEPAS 12 tahun 'terperam', filem arahan Dain Said berjudul Dukun akhirnya bertemu penonton...

Penipuan Pemilihan Semula DAP...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli DAP mengejutkan ramai pihak apabila mengemukakan surat aduan...

Ratusan Mat Rempit Diperiksa...

BUTTERWORTH - Ratusan mat rempit diarahkan menolak motosikal masing-masing sejauh tiga kilometer dari...

Pemuda PAS Bantah Nizar Kekal Ketua Pembangkang Perak

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS Perak membantah pengumuman DAP bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan dikekalkan sebagai sebagai Ketua Pembangkang Perak.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur, Salman Saleh berkata, walaupun DAP mempunyai 18 kerusi DUN Perak manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS masing-masing lima kerusi tetapi DAP masih perlu menghormati pendirian PAS dalam soal tersebut.

“Dalam keadaan sekarang ini juga kedudukan Mohammad Nizar bukan lagi memegang jawatan utama di dalam PAS perlu diambil kira oleh DAP.

“DAP perlu menghormati pendirian PAS dalam perkara ini dan dengan mengekalkan Mohammad Nizar bukan jalan terbaik mengukuhkan keadaan hubungan antara PAS dan DAP,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming beberapa hari lalu menegaskan bekas Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar akan kekal sebagai Ketua Pembangkang Perak walaupun kerjasama antara kedua-dua parti itu sudah berakhir.


Mohammad Nizar yang merupakan pemimpin PAS pro-Pakatan Rakyat digulingkan daripada jawatannya dalam parti oleh ahli PAS dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Beliau gagal mengekalkan jawatannya dalam Jawatankuasa PAS Pusat malah disingkirkan dari jawatan Ketua Cawangan PAS Kampar yang disandangnya sejak 14 tahun lalu dan digantikan dengan seorang guru agama.

Salman dalam pada itu mencadangkan supaya Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menyerahkan kembali jawatan Ketua Pembangkang negeri itu kepada DAP untuk memberi tekanan kepada parti itu.

“Jika DAP masih mahu kerusi Ketua Pembangkang DUN ini kekal kepada PAS, biar PAS tentukan siapakah yang paling layak mendudukinya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori