Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ri Jong-chol Disenarai Hitam...

KUALA LUMPUR - 'Pakar kimia' Korea Utara, Ri Jong-chol, yang sebelum ini ditahan...

Remaja Lelaki Ditahan Sedang...

KEPALA BATAS - Seorang remaja yang sedang mencuri wayar elektrik di sebuah rumah...

Penunggang Wanita Maut, Nahas...

Nilai: Seorang maut manakala lima lagi cedera selepas enam motosikal terbabit kemalangan di...

Ahmad Maslan: Bersih 4.0...

BERIKUTAN demonstrasi aksi seni bela diri yang dilakukan kumpulan anti-Bersih di perkarangan pusat beli-belah...

Pendatang Haram Sanggup Sembunyi Celah Enjin Panas

PIHAK berkuasa Sepanyol terkejut apabila menemui seorang pendatang haram yang bersembunyi di ruang enjin sebuah kereta ketika ingin memasuki  negara tersebut.

Penemuan lelaki berusia 23 tahun itu disedari ketika pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan pada sebuah kereta ketika sedang menyeberangi sempadan di antara Maghribi dan di bahagian wilayah Utara Afrika Sepanyol di Ceuta, semalam.

Menurut Mirror.co.uk, pemuda itu ditemui dalam posisi berbahaya kerana berdekatan enjin kereta yang panas.

Difahamkan, pemuda yang ingin diseludup masuk ke Sepanyol itu berasal dari Guinea.

Manakala, pemandu kereta berkenaan yang berasal dari Maghribi bertindak melarikan diri selepas kejadian itu namun berjaya diberkas pihak polis.

BACA: Budak Lelaki Diseludup Dalam Beg Pakaian


Pada bulan lalu, negara itu turut berjaya menumpaskan kegiatan seludup seorang kanak-kanak lelaki yang disembunyikan di dalam sebuah beg bagasi. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=-PAh_conzXg

Oleh: CARRIE

Sumber: Mirror.co.uk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori