Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Geng Letup ATM Direman...

KUALA TERENGGANU - Lima lelaki direman selama empat hari bermula hari ini selepas...

4 Mac: Dunia Islam...

PADA tanggal 4 Mac 1193M kira-kira 825 tahun lalu, dunia Islam menangisi gugurnya...

Gambar Pengantin Perempuan ‘Belanja’...

RIUH jadinya apabila sebuah gambar memaparkan sepasang pengantin yang baharu sahaja bernikah menunaikan solat...

Kerajaan Negeri Catu Peruntukan...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri terpaksa melaksanakan catuan kewangan dengan memberi keutamaan kepada...

Pendera Haiwan Boleh Didenda RM100,000

PETALING JAYA - Sesiapa yang memukul, menendang, mendera, abai atau meninggalkan mana-mana haiwan boleh didakwa atas kekejaman haiwan di bawah Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan.

Jika sabit kesalahan, pendera boleh dikenakan denda antara RM20,000 dan RM100,000 dan penjara tidak lebih daripada tiga tahun.

Rang Undang-undang akan dibahaskan di Parlimen pada Selasa dan jika diluluskan, undang-undang baru ini akan dikuatkuasakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Realitinya terdapat beribu-ribu haiwan yang tidak ingin dipelihara di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Operasi Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan (SPCA) Lorna Fisher .

“Kita semua mudah mengatakan ‘berhenti membunuh haiwan tersebut’, tetapi anda perlu tahu bahawa tidak ada cara ajaib untuk memberi rumah kepada semua haiwan yang terbiar,” katanya.

Fisher berkata, apa yang boleh dilakukan adalah mempunyai pengurusan yang berkesan secara berperikemanusiaan.

“Sesiapa sahaja, sama ada badan kerajaan atau individu, yang mahu menangkap atau membunuh haiwan terbiar dengan kaedah kejam kini boleh didakwa di bawah Rang Undang-undang,” katanya.

Akhirnya, Fisher berkata dia gembira terdapat undang-undang untuk melindungi haiwan terbiar.

“Kita hidup dalam keadaan mempunyai moral yang rendah terhadap haiwan-haiwan terbiar, tiada sebarang undang-undang melindungi haiwan tersebut,” katanya.


Presiden Persatuan Kebajikan Haiwan Malaysia Shenaaz Khan pula berkata, dia gembira dengan peningkatan hukuman dalam skop penderaan haiwan.

“Tetapi masalahnya ialah sama ada mereka betul akan menghukum pendera haiwan tersebut,” katanya.

Shenaaz turut memberi contoh kes 2011 di mana seorang gadis mendera anak kucing hingga mati.

“Saya tidak melihat ia dibicarakan secara berbeza, pendera masih diberi rasa simpati dalam memberikan hukuman berat,” katanya.

Dalam pada itu, Fisher berkata rakyat Malaysia yang melaporkan kes penderaan haiwan akan bertindak sebagai saksi semasa perbicaraan.

“Saya telah melihat begitu banyak pendera haiwan terlepas kerana tiada siapa yang mahu berdiri dan bertindak sebagai saksi kepada kes itu.

“Oleh itu, jika anda melihat sesuatu penderaan sila tampil ke hadapan dan menjadi saksi supaya pendera haiwan akan didakwa,” katanya.

mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori