Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mesyuarat ASEAN Bakal Diadakan...

VIENTIANE : Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun hadapan akan mengadakan mesyuarat serantau di...

Persediaan Hari Kebangsaan Di...

KUALA LUMPUR - Persediaan sempena sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka tahun ini...

Padah Pukul Orang, Lelaki...

Pada 30 November lepas, sekumpulan rakyat tempatan telah bertindak menahan dan membelasah seorang...

Zulhasnan Rafique Dilantik Duta...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melantik Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique sebagai Duta Besar...

Pengadil Liga Malaysia Perlukan Badan Bebas – TMJ

KUALA LUMPUR – Pengadil perlawanan bola sepak Liga Malaysia perlu diletakkan di bawah sebuah badan bebas untuk mengelakkan pengadilan berat sebelah.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, langkah itu untuk mengelakkan isu konflik kepentingan peribadi.

“Pada masa ini, sistem pengadilan masih lagi dibawah badan induk iaitu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Perkara ini perlu diketengahkan supaya integriti dalam kualiti pengadilan perlawanan bola sepak negara terjamin,” titah baginda dalam satu kenyataan semalam.


Titah Tunku Ismail, langkah itu juga bagi mengelakkan sesetengah pengadil bersikap berat sebelah akibat terhutang budi kepada FAM.

Jelas baginda, pengadilan berat sebelah boleh berlaku kerana FAM merupakan majikan pengadil dan memberi mereka punca sumber pendapatan. – MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/LBcyEqw7PA0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori