Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

“Cepatnya Covid-19 ‘Rampas’ Suami,...

JITRA - "Jangan lupa, hari kelima jemput ayah balik, masa tu mesti dah...

Marin Sasar Juarai Siri...

KUCHING - Selepas kecewa di final badminton Terbuka India semalam, juara Olimpik, Carolina...

Kemungkinan Gajah Ditembak Untuk...

NARATHIWAT - Usaha keras dua hari oleh doktor haiwan tempatan untuk menyelamatkan seekor...

4 Mangsa Pemerdagangan Orang...

Labuan : Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa...

Pengakuan Polis Tembak Penyerang Di Tunisia, Tidak Dapat Tidur

Tunisia – “Saya melepaskan dua das tembakan ke arahnya. Sejak itu saya tidak boleh tidur,’’ itu pengakuan seorang anggota polis yang berjaya menembak seorang lelaki yang melepaskan tembakan rambang di sebuah pusat peranginan hingga membunuh 38 orang.

Menurut anggota polis berkenaan yang dirahsiakan identitinya, dia melihat kelibat penyerang terbabit, Seifeddine Rezgui, 23, ketika bersolat di seberang jalan.

Anggota polis itu kemudiannya melepaskan dua das tembakan ke arah Rezgui yang ketika itu sedang memegang senjata api dan bom tangan.

tembak2

Rezgui yang melarikan diri selepas pembunuhan itu telah berhenti di luar sebuah rumah milik Mayel Moncef, 56.

Selepas dihujani dengan peluru, Rezgui kemudiannya jatuh terduduk hinggakan bom tangan terlepas dari genggamannya.


Dalam pada itu, saksi menceritakan bagaimana mereka melihat Rezqui ketawa dan bergurau dengan orang ramai yang mandi manda di pantai El Kantaoui berhampiran Sousse.

Dia memilih sasarannya iaitu warga asing dengan 15 warga British menjadi mangsa.

Siasatan yang dijalankan pihak berkuasa Tunisia mendapati Rezgui tidak mempunyai rekod jenayah dan hanya pernah disergah oleh polis kerana menghisap ganja.

Namun sumber mengesahkan dia adalah anggota kumpulan radikal yang aktif dan dikatakan berkhidmat dengan ISIS.

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori