Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Letusan Besar Sinabung, Abu,...

JAKARTA - Gunung Sinabung di Sumatera Utara dilaporkan meletus lagi dengan letusan lebih...

Muhyiddin Minta Najib Saman...

JOHOR BAHRU - Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri...

Rakyat Malaysia Didakwa Import...

MELBOURNE - Seorang rakyat Malaysia kini berada dalam tahanan selepas didakwa mengimport dua...

Hanya 17 Sektor Perkhidmatan...

PUTRAJAYA - Semua aktiviti ekonomi dan sosial tidak dibenarkan beroperasi kecuali 17 sektor...

Pengawal Keselamatan Cederakan Rakan Sekerja Dihukum Penjara

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencederakan rakan sekerjanya.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memerintahkan Ahmad Nazif Ahmad Nazir, 34, menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap pada 9 Jun lepas.

Ahmad Nazif didakwa memukul kepala Khairulazuan Anwar, 36, dengan menggunakan cerek elektrik di pos kawalan di Jalan Pantai 1, Taman Pantai Dalam di sini pada 9.30 pagi pada 9 Jun.

Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau rotan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.

Semasa merayu, Ahmad Nazif yang tidak diwakili peguam bela memohon hukuman ringan kerana dia perlu menanggung anak yang masih kecil dan ibu yang uzur.


Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa bagaimanapun meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal yang dapat memberi pengajaran kepada Ahmad Nazif dan bakal pesalah dan menurutnya mahkamah juga perlu mengambil kira kepentingan awam dan trauma dialami mangsa. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=S2cwa11xUc4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori