Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Presma Cadang Tubuh Petugas...

SEREMBAN - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) bercadang mewujudkan pasukan petugas dalam...

Penembak Sekolah Mahu Derma...

MIAMI - Penembak di sebuah sekolah di Parkland, Nikolas Cruz mahu mendermakan hartanya...

Anggota Tentera Maut, Mohamad...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggotanya yang...

VIDEO: Pergaduhan ‘Cinta Tiga...

"Saya tak tau, dia kata dia dah cerai!" jerit lelaki yang dipukul dalam...

Peniaga Maut Kereta Dipandu Rempuh Treler

BUKIT MERTAJAM – Seorang peniaga maut selepas kereta yang dipandunya merempuh sebuah treler dalam kejadian kemalangan di Jalan Megat Harun, di sini awal pagi ini.

Gooi Chin Hwang, 38, yang memandu sendirian dipercayai mabuk dan memandu laju sebelum terlibat dalam kemalangan kira-kira 1.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd. Noor berkata, dalam kejadian itu, mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Vios melanggar bahagian kanan treler berkenaan sebelum lelaki itu tersepit dan mengalami kecederaan parah.

“Kemalangan itu berlaku apabila treler yang dipandu seorang lelaki, baru keluar dari depot simpanan lori sebelum dirempuh dari arah sebelah kanan oleh kereta mangsa.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan serta kepala,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Rusli berkata, pemandu treler berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=4_LJEr21LLk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori