TEMERLOH – Seorang penjaga kaunter sebuah pusat refleksologi di sini ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah hotel kelmarin.
Ketua Balai Polis Temerloh, Asisten Superintendan Mohd Irwan Ismawi Sapawi berkata, mangsa Yeong Hing Ing 72, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.
“Siasatan masih lagi dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian dan pada peringkat awal kita mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut.
“Kita masih menunggu laporan bedah daripada Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh sebelum mengetahui punca sebenar kematian,†katanya sambil memberitahu mangsa dipercayai mendaftar masuk ke hotel berkenaan seorang diri pada hari sama dan siasatan awal tidak menemui sebarang bentuk kejadian jenayah.
Menurutnya, polis telah memaklumkan kepada dua anak mangsa di Singapura mengenai kejadian itu.
“Kita minta mana-mana pihak yang ada maklumat yboleh membantu siasatan supaya tampil menyalurkan maklumat kepada polis,†katanya. – Sinar Harian Online
https://www.youtube.com/watch?v=aw_INmA0s2g