Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Harap Peserta TGTP Terlibat...

DUNGUN - Kerajaan negeri berharap ada antara peserta latihan Program Transformasi Siswazah Terengganu...

Neelofa, Suami Beri Keterangan...

NILAI - Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Nor (Neelofa) dan suaminya, Muhammad Haris...

Petronas Bayar Dividen Tambahan...

KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah meluluskan bayaran dividen tambahan sebanyak...

Nurul Farhana Dijangka Pulang...

JAKARTA - Nurul Farhana Ahmad, warga Malaysia yang menghilangkan diri selama lebih setahun...

Penjara Peminta Sedekah Di Indonesia

Jakarta – Pihak berkuasa akan mendakwa dan memenjarakan peminta sedekah dan gelandangan yang didapati masih berdegil dengan berkeliaran di bandar raya ini sepanjang Ramadan.

Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok berkata, beliau bersedia mengambil tindakan tegas terhadap peminta sedekah dan gelandangan yang pernah ditangkap serta berjanji untuk tidak mengulangi perkara berkenaan.

Katanya, jabatan kebajikan membuat perjanjian dengan golongan gelandangan dan peminta sedekah yang ditangkap supaya mereka tidak lagi berkeliaran di Jakarta.

Dalam perjanjian itu, sekiranya sekali lagi ditangkap, mereka akan didakwa mengikut peraturan daerah mengenai salah laku di tempat awam.

“Sekiranya gelandangan dan peminta sedekah itu sekali lagi ditangkap, kami akan dakwa mereka.

“Kali ini kami betul-betul akan penjarakan mereka,” katanya.

Menurutnya, tindakan tegas itu diambil kerana jumlah gelandangan dan peminta sedekah meningkat mendadak sepanjang Ramadan yang akan bermula tidak lama lagi.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak akan mendakwa gelandangan atau peminta sedekah yang ditangkap kali pertama.


“Sekiranya baru kali pertama ditahan, kami akan paksa mereka menandatangani perjanjian itu.

“Tetapi, kebanyakan yang pernah ditahan sudah takut untuk kembali ke Jakarta,” jelasnya.

Menurutnya, pihaknya sudah menandatangani kerjasama dengan polis Jakarta untuk menangkap gelandangan dan peminta sedekah di bandar itu.

“Kami mahu aktiviti meminta sedekah ketika Ramadan ini dihapuskan,” tegasnya. – Agensi/myMetro Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=XvL7iBN5fWQ

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori