Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

BR1M Hanya Untuk Golongan...

KUALA LUMPUR - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah untuk golongan sasaran yang...

Restoran Beri Diskaun 50%...

TEL AVIV - Sejak beberapa minggu ini, siri serangan berdarah yang berlaku di...

Noh Puji Kugiran Masdo...

DENGAN lambakan penyanyi baharu kini, bukanlah sesuatu yang mudah untuk bakat mereka mendapat...

KPNDHEP P Pinang Keluar...

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak...

Penuhi Tiga Kriteria, Baru Boleh Digelar Ibu Tunggal – Rohani

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengakui berasa terkejut ketika pertama kali mendengar statistik dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetang jumlah ibu tunggal yang terdapat di negara ini.

“Statistik tersebut penting untuk merangka program yang dapat membantu golongan ibu tunggal namun saya terkejut apabila mendapat tahu jumlahnya mencecah 800,000 orang,” ujar Rohani kepada Mynewshub dalam satu sidang media yang diadakan secara santai sempena acara SSM-ONE (Suruhanjaya Syarikat Malaysia Online Networking Entrepreneurs) di The Curve, Damansara, pada Khamis.

BACA: 4 & 5 Jun Di The Curve.. Rugi Kalau Peniaga Online Tak Datang!

Setelah diperiksa, rupa-rupanya angka yang terlalu besar itu disebabkan defisini ibu tunggal yang diguna pakai selama ini terlalu umum sehinggakan wanita bercerai tanpa anak dan suri rumah warga emas turut disenaraikan sebagai ibu tunggal.

“Tidak semua layak menerima bantuan maka kementerian saya membentangkan definisi baru ibu tunggal yang baru sahaja diluluskan Kabinet semalam (Rabu),” kata Rohani.

Kini definisi ibu tunggal yang diterima pakai adalah mereka yang memenuhi tiga kriteria iaitu wanita yang bercerai dan mempunyai anak, wanita yang masih bersuami tetapi suami ditimpa penyakit teruk sehingga wanita tersebut terpaksa menanggung keluarga dan ketiga, wanita yang belum berkahwin tetapi mempunyai anak angkat atau anak tak sah taraf.

Selepas definisi ibu tunggal diperincikan, data dari 2010 hingga sekarang menunjukkan terdapat 235,000 ibu tunggal di negara ini.

“Ini adalah jumlah yang lebih kecil dan lebih mudah diuruskan untuk kita merangka sebarang program bantuan melibatkan ibu tunggal mahu pun anak-anak mereka,” kata Rohani usai mengetuai program Sepetang One2015 bersama beliau, Google Malaysia, Pen Merah.com dan Mdec, lewat petang semalam.

Program Sepetang ONE2015 bersama Dato' Sri Rohani Abd Karim, Shakirah Abdul (Google Malaysia), Penmerah.com dan Ahmad Shahrir sempena acara SSM-ONE di The Curve, Damansara.
Program Sepetang ONE2015 bersama Dato’ Sri Rohani Abd Karim, Shakirah Abdul (Google Malaysia), Penmerah.com dan Ahmad Shahrir (MDEC) sempena acara SSM-ONE di The Curve, Damansara.

Menyentuh tentang SSM-ONE, Rohani menyifatkan acara yang diadakan buat julung kalinya itu merupakan peluang terbaik untuk para usahawan online wanita berkongsi pelbagai info berguna untuk memajukan perniagaan masing-masing.

Beliau berkata, komuniti usahawan online yang dihimpun di bawah SSM juga memudahkan golongan wanita mendapat info berkenaan saluran tepat untuk mereka tuju mengikut keperluan perniagaan masing-masing seperti JPW, TEKUN, AMDEC dan sebagainya.

“Kita mahu usahawan online mendaftarkan perniagaan kerana ianya penting bukan sahaja untuk mengelak pembeli tertipu tetapi juga mencegah golongan wanita dianiaya,” ujar Rohani sambil berkongsi kes perniagaan online yang berjaya diusahakan seorang wanita, tiba-tiba didakwa suami sebagai miliknya.


Ketua Pegawai Eksekutif SSM Puan Zahrah Abd Wahab Fenner
Ketua Pegawai Eksekutif SSM Puan Zahrah Abd Wahab Fenner

Ketua Pegawai Operasi SSM Puan Zahrah Abd Wahab Fenner pula berkata, usahawan online tidak seharusnya culas mendaftar perniagaan kerana ia cuma menuntut kos yang rendah.

“Bayaran pendaftaran perniagaan cuma RM30 jika didaftar mengikut nama pada kad pengenalan dan RM60 untuk nama trad manakala golongan OKU tidak dikenakan sebarang bayaran,” kata Zahrah.

Selain mengelak masalah kerana melanggar perundangan, pendaftaran syarikat penting kerana ia memberikan kemudahan yang diberikan kerajaan kepada golongan peniaga di Malaysia termasuk insuran khas untuk penjaja kecil dan mengelak nama syarikat ditiru pihak lain sewenang-wenangnya.

Pada masa sama, nombor pendaftaran syarikat dapat dijadikan rujukan kepada pengguna yang semakin gemar berbelanja secara online dewasa ini, sekaligus mengelak risiko penipuan.

SSM-ONE yang berlangsung sejak semalam di The Curve, Mutiara Damansara masih berlangsung sehingga hari ini dari jam 9 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma.

Keterangan lanjut tentang SSM-ONE boleh diperoleh di laman web http://1-ssm.com selain menerusi saluran media sosial Facebook, Twitter dan Instagram. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: REM RAMZI
Foto/VIDEO: RIZA RAZAK

https://www.youtube.com/watch?v=QbEIgyNpEZ4

https://www.youtube.com/watch?v=k4EdV0-VXXs

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori