DULU lain sekarang lain pula. Tindakan kolumnis portal stesen berita perniagaan Bloomberg, Wiliam Pesek memutar belit fakta ekonomi Malaysia rupa-rupanya membongkar sifat dirinya sendiri sebagai tidak konsisten.
Dalam artikel terbaharu ‘Malaysia Gets a Dose of Real Talk’ menerusi kolum Bloomberg View, dia cenderung menghentam Malaysia tetapi mahu pula kepimpinan lama yang pernah dikutuknya sebelum itu kembali berkuasa.
Penulis berpusat di Tokyo, Jepun dan menyertai stesen antarabangsa itu sejak 2000 lalu dilaporkan suatu ketika dahulu suka menyelar korupsi bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam beberapa artikelnya.
Ironi, kali ini Pesek berubah ‘u-turn‘ dengan membangkitkan nostalgia lama ketika era kepimpinan rejim Dr. Mahathir kononnya perdana menteri sekarang sudah menjejaskan ekonomi negara ke tahap yang lebih teruk.
Perkara ini diakui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di jabatan tersebut ketika membidas banyak hujah lemah Pesek.
Baca: Penulisan Kolumnis Bloomberg Ini Ada Agenda Tersembunyi?
“Dia mendedahkan agenda sebenar kononnya wartawan Barat berpangkalan di Asia merasai kehilangan Dr. Mahathir sejak melepaskan jawatan pada 2003 dan menyarankan kepimpinan politik lama segera dikembalikan.
“Ia mungkin nostalgia untuk masa lalu tetapi jarak beliau dari Malaysia telah mengaburi penilaiannya, sekali gus menyebabkan Pesek menulis tidak berasas ke atas perdana menteri kini dalam usaha ambil hati Dr. Mahathir.
“Dia seperti telah menukar fikiran mengenai bekas PM itu. Baharu tahun lepas, Pesek menulis bahawa sistem sempit dimanipulasi dan subsidi lumayan yang didukung Dr. Mahathir, menghalang kemajuan ekonomi,†katanya.
Idris menerusi surat terbuka kepada Bloomberg berkata, Pesek kemudiannya membuat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia perlu mencari inspirasi baharu dengan melihat ke hadapan, bukannya kembali kepada 1990-an.
Bagi memahami kesilapan Pesek dalam mempersoalkan ekonomi Malaysia, contoh paling ketara apabila dia mendakwa dasar berasaskan kaum menyekat inovasi, mengutamakan kroni dan menolak firma multinasional.
Hakikatnya dari 2009 hingga 2014, pendapatan negara kasar berkembang sebanyak 47.7 %. Pertumbuhan pada tahun lepas pula berada 6 %; antara tertinggi di dunia dan dalam tempoh 4 tahun akan datang, diunjurkan 5.6 %.
“Ia diunjurkan sendiri Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, sebuah badan penyelidik antarabangsa yang berpusat di Paris, Perancis dan dianggotai oleh 34 buah negara berpengaruh dari seluruh dunia,†kata Idris.
Tidak munasabah menyifatkan kadar itu ‘perlahan’ kerana majalah antarabangsa The Economist bulan lalu melaporkan Suruhanjaya Eropah unjur pertumbuhan 2015 ialah 1.5 peratus, angka terbaik zon euro sejak 2011!
“Bayangkanlah kadar pertumbuhan Malaysia hampir 4 kali ganda berbanding Eropah dan beberapa negara paling maju di dunia tidak menyatakan kadar itu sebagai ‘masalah’, malangnya bukan pula bagi Pesek,†ujar Idris.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Razak sewaktu melancarkan Program Transformasi Ekonomi pada 2010 amat menekankan beberapa pencapaian utama termasuk realiti pertumbuhan dalam tempoh lima tahun lepas.
“Setiap tahun, jumlah pelaburan pecah rekod baharu. Sebahagian besar daripada sektor swasta. Jika mereka tidak yakin Malaysia seperti didakwa Pesek, kenapa mereka memilih pentadbiran Najib untuk melabur?†soal Idris.
Pembaharuan fiskal negara juga berjaya dilaksanakan, mengurangkan defisit fiskal Malaysia bagi tempoh lima tahun lepas, selain memastikan hutang awam hanya pada 53 peratus daripada keluaran dalam negara kasar.
Tahap hutang awam ini jauh lebih rendah berbanding di banyak negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Singapura; malah diakui menerusi Laporan Prospek Ekonomi Global Bank Dunia 2014,
Usaha Malaysia untuk mengurangkan kemiskinan menurut pihak bank tersebut sebenarnya telah mencatat kejayaan besar, hampir menghapuskan kemiskinan mutlak kepada kurang daripada satu peratus sahaja.
Mengenai isu kejatuhan ringgit, Idris mencadangkan kolumnis itu berbincang dengan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; antara tokoh gabenor bank pusat yang paling dikagumi di dunia.
Beliau sendiri telah berulang kali menyatakan bahawa mata wang tempatan itu terkurang nilai dan apabila harga minyak turun, persepsi yang salah terhadap tahap pergantungan ekonomi Malaysia kepada sektor minyak dan gas.
“Ini menyebabkan pasaran berpendapat Malaysia akan lebih terjejas berbanding yang lain. Sudah tentu ringgit terkurang nilai. Ia tidak mencerminkan nilai-nilai asas kami, yang teguh dan kukuh,†jelas Zeti baru-baru ini.
Mengenai perkara lain yang dinyatakan Pesek iaitu Najib ‘meningkatkan pergantungan ekonomi ke atas pengeluaran minyak dan gas’, Idris berkata Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pula mempercayai sebaliknya.
“Dia boleh baca tajuk bagi laporan ‘Economic Health Check’ pada Mac lalu di bawah tajuk kecil ‘Favorable Prospects for Malaysia’s Diversified Economy’ untuk melihat pandangan IMF terhadap negara ini,†kata Idris.
Tulisan Pesek seolah-olah tiada kaitan kukuh dengan fakta walhal Malaysia melalui transformasi ekonomi terbaik di bawah Najib dan berada di landasan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. – Mynewshub.cc
Nota: Rakaman sidang media mengenai pandangan IMF terhadap prospek ekonomi Malaysia.ÂÂ