IPOH – Kerajaan negeri Perak memperuntuk RM452,428.20 bagi membaik pulih masjid dan surau, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria.
Beliau berkata ia menandakan keprihatinan kerajaan negeri bagi menaik taraf rumah ibadat untuk keselesaan umat Islam.
“Sebanyak 11 buah masjid dan 11 surau telah menerima peruntukan itu,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian peruntukan projek membaik pulih masjid dan surau semalam.
Terdapat 681 masjid dan 2,500 surau yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). – BERNAMA