Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS)...

Kes Fitnah PM: Bantahan...

IPOH - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan esok untuk mendengar bantahan...

Kementerian Nafi Dakwaan Rafidah...

SANGKAL... Kementerian Pertahanan menafikan dakwaan bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz mengenai tanah...

Wan Saiful Cuba Perkecil...

ALAHAI... Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini ibarat melukut di tepi gantang sejak Tun...

Syarat Bebas Kru Orkim Harmony, Perampas Minta Dilepaskan

KUALA LUMPUR – Perampas kapal tangki MT Orkim Harmony meminta supaya mereka dilepaskan sebagai syarat untuk mereka membebaskan kru kapal itu, kata Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid.

Beliau berkata, buat masa ini TLDM sedang berkomunikasi dengan mereka menggunakan frekuensi radio.

“Mereka tidak benarkan TLDM dan Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) menghampiri kapal berkenaan demi keselamatan kru kapal. “Kami terpaksa berada pada jarak lima batu nautika dari kapal itu untuk memastikan semua kru selamat dan tidak diapa-apakan.

Semua kru selamat. “Mereka dipercayai ingin merampas minyak RON95 dan dijual kepada sindiket tertentu,” katanya sambil menambah agensi lain yang terlibat adalah APMM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).


Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada pukul 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Kapal

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori