Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

BSH 2020 Fasa Pertama...

SHAH ALAM - Program Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi fasa pertama tahun ini...

Vaksin : 4.5 Juta...

KUALA LUMPUR : Seramai 22,813,571 individu atau 97.5 peratus populasi dewasa di negara...

Lima Terbunuh Dalam Letupan...

ISLAMABAD : Letupan lombong arang batu di wilayah Balochistan barat daya Pakistan mengorbankan...

Najib Kutuk Serangan Terhadap...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengecam sekeras-kerasnya serangan...

Perempuan ‘Tertua’ Filipina Sambut Hari Lahir Yang Ke 18

DI kala golongan bonjuis sedang berlumba-lumba untuk mengekalkan kecantikan dengan mendapatkan rawatan awet muda, ia adalah sesuatu yang mungkin mustahil dilakukan oleh golongan kecil insan istimewa ini.

Pernahkah anda mendegar penyakit Progeria?

Progeria merupakan penyakit ganjil yang sangat jarang berlaku di mana proses penuaan berlaku terlampau pantas pada kanak-kanak sehingga boleh menyebabkan kamatian di usia yang muda.

Kenali Ana Rochele Pondare, seorang remaja Filipina yang berumur 18 tahun namun riak wajahnya tidak tumpah seperti seakan seorang perempuan tua.

Di usianya itu, beliau adalah antara pengidap Progeria tertua pernah direkodkan.

Baru-baru ini, berita mengenai Rochele yang menyambut ulang tahun harijadinya yang ke-18 telah membuatkan seluruh dunia  gembira dan sayu pada masa yang sama.

Berita mengenai sambutan harijadinya itu telah membuatkan stesen rangkaian ABS CBN di Philipina menemui bualnya dalam sebuah wawancara yang dikenali “Kapimilya Thank you” di mana dalam video tersebut, Sarah Geronomi telah membuat kejutan kepada Rochele.

cak2


cakSarah Geronomi merupakan penyanyi tempatan paling digemari oleh Rochele dan mereka telah meluangkan masa bersama dalam sesi tersebut.

Seperti tipikal pesakit Progeria yang lain, Rochel mula menua sebelum umurnya lima tahun sekalipun dia nampak normal semasa lahirnya.

Mutasi pada genetik menyebabkan proses penuaan berlaku 8 ke 10 kali ganda lebih cepat berbanding usia sebenar, hinggalah beliau jauh kelihatan lebih tua daripada nenek nya sendiri.

Fungsi badannya juga merosot denga drastik dan perlu menelan bermacam ubat untuk hidup dengan selesa.

Bayangkan saja kesukaran hidup seorang remaja yang bertubuh seperti mereka yang berumur 90- 100 tahun. Ia perjuangan yang tidak mudah dan sangat meruntun emosi.

Walaupun penyakit ini dikatakan masih tidak mempunyai sebarang penawar, namun di bulan yang mulia lagi penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama mendoakan agar Rochele kembali sembuh seperti remaja yang lain. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori