LAGI kes ibu bapa cuai berlaku sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanan anak mereka yang berusia 15 bulan putus akibat tersepit di tangga eskelator di KL Sentral, awal pagi semalam.
Menerusi portal Hypemedia, tangan kanak-kanak yang terputus itu berjaya dikeluarkan dari dalam eskalator itu kira-kira dua jam kemudian.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Mohd Afkar Daniel Freedy mengalami kecederaan parah ketika dibawa oleh ibu bapanya pergi ke pusat beli belah berkenaan.
Siasatan awal pihak polis mendapati, mangsa berjalan ke arah tangga eskalator di tingkat dua bangunan berkenaan tanpa disedari oleh ibu bapanya yang sedang membeli barang di premis berhampiran.
Mangsa dipercayai menaiki eskalator dari tingkat dua turun ke tingkat satu sebelum tangan kanannya tersepit pada tangga bergerak itu menyebabkan pergelangan tangannya putus dan memasuki celah eskalator.
Siasatan juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu sebaliknya ianya berpunca daripada tindakan ibu bapa yang cuai dalam menjaga keselamatan anak. – MYNEWSHUB.CC
Kanak-Kanak Maut Jatuh Dari Tingkat Dua Di Kenanga Whosale City Mall
https://www.youtube.com/watch?v=gmVUz5gJ6fM