Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Anggota Polis Maut Kereta...

SANDAKAN - Seorang anggota polis maut dan seorang lagi cedera dalam nahas jalan...

“Cinta Kami Pulih, Jangan...

PETALING JAYA (Selangor) - Pelakon dan pelawak Zizan Razak mengesahkan percintaannya dengan aktres...

30 Motosikal Disita, Penagih...

LANGKAWI - Tiga puluh buah motosikal disita manakala seorang penunggangnya diberkas setelah didapati...

Isu Pekerjaan, Kos Sara...

KUANTAN - Generasi muda mahu supaya isu peluang pekerjaan dan kos sara hidup...

Pergh! Video Resolusi Setinggi 8K Mula Diterbitkan Di Youtube

SEJAK tahun 2010 lagi, Google telah pun mengumumkan sokongan video pada resolusi 8k kepada sesiapa sahaja yang ingin memuat naik di Youtube.

Namun begitu, masih tidak ada video dengan saiz bersolusi setinggi itu dimuat naik ke Youtube sehinggalah baru-baru ini sebuah video yang dinamakan ‘Ghost Town in 8k’ telah dimuat naik.

‘Ghost Town in 8k’ ini menurut pemiliknya telah dirakam menggunakan kamera jenis RED Epic Dragon 6k sebelum disunting menggunakan Adobe After Effects yang melibatkan beberapa ‘footage’ yang dibesarkan saiz kualitinya untuk mencapai resolusi setinggi 8k.

hantu

Jika video yang mempunyai kualiti imej 720p boleh dikategorikan sebagai cantik di mata rakyat Malaysia, agaknya bagaimanalah pula dengan kadar setinggi 4320p/8K ini ya?

Rata-rata kita sebenarnya ‘baru nak merasa’ kualiti video 4k di mana jika anda lihat di pasaran, pada masa ini, monitor dan skin komputer yang menawarkan resolusi 4k telah mula dijual dipasaran.

Kadar kemajuan paparan high defination nampaknya bergerak betul-betul pantas sehingga ke hari ini.


Apa-apa pun, kepada anda yang ingin cuba menonton video berkualiti 8k ini, anda hanya perlu menukar ‘setting’ resolusi ke 4320p/8k untuk menonton pada saiz tersebut.

Itupun sekiranya paparan skrin komputer anda mempunyai sokongan paparan video yang tinggi dan penyambungan internet yang laju bagi memperlihatkan imej yang sangat tinggi nilai estetiknya itu.

Kami mengucapkan #kipidap dan selamat berjaya ya! Heh.

-MYNEWSHUB.CC

Sumber: 9to5google

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori