Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

RON95, RON97 Dan Diesel...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel bagi bulan Julai...

Akhbar Amanah Bakal Saingi...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) dalam proses menerbitkan akhbar sendiri.Setiausahanya, Mohd....

PN Main Peranan Semak...

SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan gabungan...

Sikap Ke Tempat Kerja:...

ADA tiga perkara yang orang Melayu selalu lupa dan sengaja abaikan, apabila melangkah...

Perintah Jagaan Sementara Akan Didapatkan Untuk Mangsa Dera

PUTRAJAYA – Perintah jagaan sementara untuk ibu kandung kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang disyaki didera di Rantau Panjang, Pasir Mas hanya akan didapatkan selepas mangsa selesai menjalani rawatan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata langkah itu dibuat berikutan kanak-kanak itu tidak boleh banyak bergerak akibat kecederaan di seluruh badan seperti retak rusuk kiri dan tulang belakang membengkok.

Katanya siasatan awal Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Jajajan Pasir Mas juga menemukan kesan patah yang hampir sembuh, beberapa kesan luka di kepala dan badan serta kesan puntung rokok pada kemaluan mangsa.

“JKM akan mengambil tindakan untuk perintah jagaan sementara kepada ibu kandung sekiranya bersesuaian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kanak-kanak itu kini ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut dan berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika ini.

Menurut Rohani, JKM memberi perhatian serius terhadap kes itu dan akan menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan kepada ibu kandung mangsa bagi memastikan kanak-kanak itu dapat dijaga dengan sempurna.

Katanya hasil siasatan mendapati ibu bapa kanak-kanak tersebut telah bercerai pada 2013 dan kanak-kanak itu diletak di bawah jagaan bapa kandungnya.


Temu bual bersama ibu kandung juga mendapati beliau hanya berjumpa kanak-kanak itu pada Ramadan tahun lalu dan ketika itu tiada kesan-kesan penderaan seperti yang dinyatakan.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim mengesahkan bapa kandung dan ibu tiri yang dipercayai mendera kanak-kanak perempuan itu ditahan di Jalan Bayam, Kota Baharu malam tadi.

Katanya pasangan berusia 39 dan 25 tahun itu ditahan di hadapan sebuah restoran pada pukul 9 malam oleh anggota Cawangan D9 dan D8 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori