Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Himpunan Perdana Rakyat Tolak...

Himpunan Perdana Rakyat Tolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)...

Penjawat Awam Terima Bantuan...

BANTUAN Khas Aidilfitri 2020 bernilai RM500 akan dibayar kepada penjawat awam pada 20...

Rakyat Bimbang, Kesal Pengunduran...

KLANG - Kebimbangan dan rasa kesal timbul di kalangan rakyat di Selangor di...

Inilah Wajah Terkini Bayi...

JIKA anda adalah pelayar Internet tegar, pastinya kenal dengan wajah bayi lelaki ini yang popular menerusi...

Perlu Tingkatkan Hubungan Ekonomi Dengan Bahamas

NASSAU (The Bahamas) – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terdapat keperluan untuk membangunkan kerangka kerjasama ekonomi antara Malaysia dan The Bahamas bagi membantu mengangkat hubungan dua hala antara kedua-dua negara Komanwel ini ke tahap yang lepih tinggi.

Timbalan perdana menteri berkata beliau akan membangkitkan perkara ini dalam perbincangannya dengan rakan sejawatan Bahamas, Philip E. Brave Davis yang dijadualkan pada Selasa di sini.(Malaysia 12 jam mendahului The Bahamas).

Beliau berkata walau apapun hubungan baik yang dinikmati antara kedua-dua negara, skop hubungan dua hala masih terbatas seperti yang digambarkan, sebagai contoh kegiatan ekonomi dua hala yang masih rendah dan juga jumlah dagangan.

“Dalam hubungan ini saya mahu mengambil peluang untuk mencadangkan pembentukan kerangka kerjasama ekonomi antara Malaysia dan The Bahamas dengan harapan bagi menggalakkan hubungan dua hala,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan memberitahu media Malaysia mengenai perkara ini di luar persidangan Menteri-menteri Pendidikan Komanwel (19CCEM) dari 22 Jun hingga 26 Jun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori