Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jenazah Mariani Disemadi Bersebelahan...

KUALA LUMPUR - Jenazah seniwati Mariani atau Mariam Ismail selamat disemadikan bersebelahan pusara...

Tumbuhan Yang Menyerupai Organ...

Apakah entri ini lucah... atau berbentuk pendidikan... anda nilai sendiri... atau beri pandangan...

Perincikan Kaedah Terbaik Atasi...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri akan mengkaji dan memperincikan kaedah terbaik untuk menyelasaikan...

Johor Wujud Pelan Induk...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Kemahiran Negeri Johor bagi...

Pesara Bomba Diminta Bagi Nasihat Cegah Kebakaran

SIBU – Pesara Jabatan Bomba dan Penyelamat di Sarawak diminta terus memainkan peranan aktif membantu kerajaan dalam memberi khidmat nasihat tentang pemadaman dan pencegahan kebakaran kepada masyarakat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, khidmat dan sumbangan mereka masih lagi diperlukan walaupun sudah bersara daripada perkhidmatan.

Menurutnya, mereka boleh menyumbang melalui aktiviti dan program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) di tempat masing-masing.

“Walaupun anda sudah bersara, saya harap anda tidak bersara secara total daripada perkhidmatan komuniti,” katanya pada Majlis Apresiasi Jasamu Dihargai Persatuan Bekas Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak di sini, malam tadi.


Pada majlis itu, Soon Koh turut mengumumkan peruntukan kerajaan berjumlah RM10,000 kepada persatuan itu untuk membiayai aktiviti dan menjaga kebajikan anggotanya.

Sementara itu, Pengerusi persatuan, Willian Jee Dreman dalam ucapannya berkata, persatuan itu telah ditubuhkan secara rasminya pada 2012 dan keanggotaannya kini adalah seramai 120 orang. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori