Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Fitnah WSJ: TPM Sambut...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri menyambut baik penafian Perdana Menteri terhadap tuduhan kononnya...

Status Akauntan Profesional, Guan...

MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng kini menyerahkan isu berkaitan statusnya sebagai akauntan profesional...

Malaysia Beri Bantuan Kesihatan...

MELAKA – Kementerian Kesihatan bersiap sedia untuk menyalurkan perkhidmatan dan kepakaran kesihatan kepada...

Perkhidmatan Tren Rapid KL...

KUALA LUMPUR - Sempena "Nike We Run KL Marathon" 2016 Ahad ini (10...

Pesawat EC725 Dihantar Ke Gunung Kinabalu

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat Eurocopter EC725 diterbangkan ke kawasan Laban Rata di Gunung Kinabalu untuk membantu usaha menyelamatkan pendaki yang terkandas susulan gempa bumi sederhana yang menggegarkan beberapa kawasan di Sabah pagi ini.

Ini dinyatakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui catatan di laman Twitter sebagai menjawab permintaan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Menurutnya, pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia itu turut membawa bekalan makanan dan minuman untuk mereka yang terkandas.

Masidi sebelum itu meminta helikopter tentera yang mampu beroperasi dalam keadaan cuaca ekstrim dihantar untuk kerja menyelamat.

Hishammuddin menegaskan kementeriannya dan Angkatan Tentera Malaysia sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada Sabah.

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku 16 km di barat laut Ranau pada 7.15 pagi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia. Selain Ranau, gegaran turut dirasai di lokasi seperti Tambunan, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.


Susulan insiden itu, Taman-Taman Sabah membatalkan semua aktiviti mendaki Gunung Kinabalu hari ini.

Sementara itu, sumber daripada Taman Negara Kinabalu berkata terdapat 138 pendaki terkandas di gunung itu. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori